Telan gula-gula seks elak produk dirampas

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Demi membuktikan produk seks dijual selamat, seorang pengurus syarikat sanggup membuat demonstrasi mengunyah dan menelan gula-gula seks di hadapan pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan serbuan terhadap syarikatnya, pagi semalam.

Tindakan lelaki berusia 40-an itu bertujuan membuktikan gula-gula seks mengandungi kimia terlarang aminotadalafil berkenaan tidak mempunyai sebarang kesan negatif selain selamat dimakan sesiapa yang mahukan kekuatan seks luar biasa.


Bagaimanapun, perbuatan pengurus syarikat terbabit gagal membatalkan tindakan sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM yang berusaha mengesan pihak bertanggungjawab mengimport sebelum memasarkan produk maut terbabit ke pasaran tempatan sejak sekian lama.


Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, kegiatan syarikat terbabit di Taman Shamelin, Cheras di sini amat sukar dikesan sebelum ini berikutan pemilik syarikat menggunakan pelbagai nama pendaftaran syarikat untuk menyukarkan aktiviti mereka dikesan.


Menurutnya, kejayaan mengenal pasti kedudukan syarikat ‘hantu’ itu hanya dibongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi menghalang penghantaran puluhan kotak gula-gula seks yang cuba diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.


“Dalam rampasan itu, pihak syarikat terbabit cuba menyeludup gula-gula seks berkenaan melalui penghantaran kargo membabitkan nilai rampasan lebih RM700,000 yang dihantar sebuah syarikat di Thailand.

“Berdasarkan alamat tertera pada semua kotak bungkusan gula-gula seks itu, pegawainya mengesan lokasi syarikat berkenaan yang beroperasi di Taman Shamelin,” katanya.


Menurutnya, susulan maklumat diterima itu, seramai lebih 10 pegawainya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.


“Bagaimanapun, kehadiran mereka seolah-olah tidak dialu-alukan apabila pemilik syarikat enggan bekerjasama.


“Malah, agak mengelirukan apabila syarikat itu mempunyai tujuh nama pendaftaran syarikat berlainan yang dijadikan alasan kononnya tersalah alamat syarikat yang dicari,” katanya.


Namun, selepas dipujuk selain diberi kata dua, seorang lelaki dan wanita yang berada di tingkat bawah premis itu akhirnya bersetuju membuka pintu bagi membolehkan siasatan dilakukan.


“Hasil pemeriksaan, kami menemui dua lagi pekerja lelaki di tingkat atas syarikat berkenaan selain puluhan kotak yang mengandungi objek mencurigakan.


“Berikutan itu, mereka memeriksa semua kotak berkenaan sebelum ia didapati mengandungi 59,000 biji bungkusan kecil gula-gula yang dipercayai menunggu masa untuk diserahkan kepada ‘orang tengah’,” katanya.


Menurutnya, semua gua-gula seks yang bernilai RM590,000 itu dirampas walaupun pemilik syarikat berkenaan cuba mempertikaikan tindakan berkenaan.


“Malah, lelaki yang juga pengurus syarikat itu tanpa teragak-agak terus membuka bungkusan dan memakan gula-gula perangsang seks haram itu bagi membuktikan ia tidak mengancam nyawa pemakannya.


“Namun, tindakan itu dianggap tidak lebih sebagai gimik,” katanya.

Dia berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 dan individu yang denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

Bahan kimia sildenafil dan tadalafil dalam gula-gula seks berkenaan amat berbahaya terutama kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi.
 
Sponsored Post

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
gula gula apa la yg die jual
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,140
Reaction score
76
Points
1,020
gula2 ... wahh produk baru ni
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
gula2 kuat seks ni..tapi banyak bahan terlarang..boleh cacat ni..
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,592
Reaction score
60
Points
120
erk... sanggup makan, kene rampas jugak..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register