BTC USD 37,284.5 Gold USD 1,797.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tekong Darat Diberkas

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,575
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,575
Reaction score
467
Points
91
TEKONG DARAT DIBERKAS
FB_IMG_1638193136828.jpg
FB_IMG_1638193138970.jpg
FB_IMG_1638193141968.jpg
FB_IMG_1638193145463.jpg

JOHOR, 29 Nov. 2021 (Isnin) - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Johor telah berjaya mematahkan aktiviti pemerdagangan manusia. Bertindak atas maklumat dari Unit Risikan Marin (URM), risikan telah dilakukan oleh sepasukan Pasukan Polis Marin dan berjaya menghasilkan tangkapan di Kg. Bakar Batu, Johor pada awal pagi semalam.

YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, berkata, operasi tersebut berjaya dilaksanakan berdasarkan kerjasama dan maklumat orang awam dalam membantu pihak Polis menyalurkan maklumat jenayah termasuk penyeludupan migran.

Operasi tersebut telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 32 tahun yang menjadi dalang dalam penyeludupan migran dan berjaya menyelamatkan enam orang warganegara Indonesia iaitu empat lelaki dan dua wanita berumur dalam lingkungan 28 hingga 45 tahun.

Turut dirampas sebuah kereta MPV jenis Toyota Innova yang digunakan dalam aktiviti tersebut. Kes disiasat dibawah ATIPSOM 2007(Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63.

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menyeru masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada penguatkuasa terutamanya PPM W2 bagi membenteras sebarang bentuk jenayah terutamanya melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat maritim. Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07-2372221.

▶️Pasukan Polis Marin Wilayah Dua
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,456
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,456
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Mmg betol mangsa seludup ke. Cukup dgn beg sekali. Ke play victim
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register