BTC USD 39,733.9 Gold USD 1,814.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Teknologi Yang Sudah Ketinggalan Zaman Untuk Tahun 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,254
Reaction score
4,103
Points
236
Perkembangan teknologi kian pesat setiap tahun mengikut keperluan dan kehendak pengguna semasa. Saban hari, teknologi lama dilihat sudah menjadi "lapuk" atau ketinggalan zaman. Jadi di sini dikongsikan antara teknologi yang boleh dikategorikan sebagai sudah lapuk untuk tahun 2021 ini:

1. Pemacu optik (Optical Drive) di komputer meja/riba
laptop-cd-dvd-drive-featured-1000x450-1.jpg

Pada mulanya pemacu optik digunakan untuk memasukkan CD storan data seperti permainan video, filem, lagu, pemasang perisian, dan lain-lain. Saiz yang memakan ruang besar di dalam komputer riba sehingga menjadikan ia agak berat dan tidak mesra mudah alih di era sekarang. Selain itu, kapasiti storan untuk CD atau DVD hanyalah sekitar 700MB dan 4.7GB sahaja. Boleh dikatakan pengguna sekarang lebih gemar menggunakan USB Flash, HDD, atau SSD yang menawarkan kapasiti lebih besar dan lebih mesra pengguna. Tambahan pula, kemunculan pelbagai aplikasi seperti Spotify sudah cukup berguna untuk pengguna menyimpan atau menikmati hiburan secara atas talian.


2. Peranti GPS
9-28.jpg

Penggunaan peranti GPS didalam kereta tidaklah terkubur sepenuhnya. Malahan, kebanyakan kereta sekarang dimuatkan dengan sistem GPS tersedia terutama kereta moden dan berkuasa. Namun, yang menjadi lapuk adalah peranti GPS standalone kerana kebanyakan telefon pintar sekarang sudah dimuatkan dengan aplikasi GPS di dalamnya. Selain itu, teknologi navigasi GPS yang ada di dalam sesebuah telefon pintar lebih mudah diguna, pelbagai ciri tambahan serta lebih tepat dengan kemas kini berkala.


3. USB Mikro
micro-usb-mini-usb-and-standard-usb.jpg

Penggunaan USB Mikro dalam pelbagai gajet sudah patut lama dihentikan terutama pada telefon pintar. Bukan sahaja dianggap ketinggalan zaman, penggunaan teknologi ini sudah tidak relevan dan tidak mencapai keperluan peranti sekarang yang disokong kebolehan pengecasan pantas dan tanpa wayar yang lebih moden. Selain itu, kebanyakan peranti sekarang juga didatangkan dengan USB-C, jadi adalah lebih mudah jika semua peranti diselaras menggunakan port USB yang sama.


4. Kata laluan
Password-and-Log-in-on-iPhone.jpg

Dengan pengenalan teknologi pengimbasan cap jari, muka, dan mata, penggunaan kata laluan dalam pelbagai peranti sudah semakin tidak releven. Walaupun ianya masih tersedia, pengguna sekarang jarang menggunakannya kerana agak lambat, leceh, dan kurang selamat. Manakala teknologi biometrik pula boleh digunakan sebagai ciri keselamatan pada pelbagai perkara seperti perbankan atas talian.

Sumber asal Idropnews & Pocket-lint
 
  • Like
Reactions: WnB
Sponsored Post

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,093
Reaction score
383
Points
91
no 1 3 dan 4 buat masa ni masih ok lagi.. maybe setahun dua lagi no 1 dan 3 akan tak releven..
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,732
Reaction score
308
Points
91
hujung tahun ni kerajaan nak hapuskan semua jaringan 3g..

modem 3g, phone 3g dll semua tak boleh pakai, nak kena beli baru..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register