BTC USD 38,245.2 Gold USD 1,806.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKNOLOGI PERTAHANAN: MILDEF Cipta Kenderaan Berperisai Pertama Tempatan

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,555
Reaction score
2,863
Points
206
Ewp0l6gVgAATrwx.jpg


MILDEF 4X4 HMAV Melepasi Ujian Fasa Pertama ATM

Pertengahan Februari lalau MILDEF 4×4 HMAVdilancarkan sebagai kereta perisai mobiliti tinggi pertama buatan sepenuhnya anak watan. Kini ia telahpun melepasi ujian fasa pertama Angkatan Tentera Malaysia yang dilakukan minggu lalu.

MILDEF-HMAV-C.jpg


Ujian dilakukan di Kuantan, Kemaman, Kota Bharu, Sungai Petani, Gemas dan Sungai Merab. HMAV melepasi ujian panduan jalan tidak berturap 300km, jalan tidak berturap 700km , ujian atas jalan berpasir, mendaki, menggunakan takal dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan ATM.

Antara ujian yang dijalankan ialah laluan off-rad sejauh 300km, on-road sejauh 700km, ujian di atas jalan berpasir, ujian brek, mendaki, halangan dan banyak lagi. Ketua pegawai eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam bin Kasa berkata pihak beliau berpuas hati dengan hasil ujian pertama yang telah dijalankan.

MILDEF-HMAV-B.jpg


Pihak MILDEF telah membelanjakan RM16 juta sejak empat tahun yang lalu untuk membangunkan kenderaan ini. Ia dilihat sebagai antara calon untuk menggantikan APC Condor yang sudah digunakan ATM untuk misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Lebanon.

Condor yang telah digunakan sejak 1980an tidak lagi sesuai untuk digunakan di medan tempur model. Malahan ketika Pertempuran Mogadishu yang berlaku 28 tahun yang lalu, perisai Condor dengan mudah dirobek RPG 7 yang digunakan oleh militia Somalia.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,555
Reaction score
2,863
Points
206
2021-MILDEF-Malaysia-4X4-HMAV-6_BM-1200x1600.jpeg


2021-MILDEF-Malaysia-4X4-HMAV-7_BM-1200x800.jpeg


2021-MILDEF-Malaysia-4X4-HMAV-10-e1615864483895_BM-1200x757.jpeg


2021-MILDEF-Malaysia-4X4-HMAV-2_BM-1200x800.jpeg


2021-MILDEF-Malaysia-4X4-HMAV-3_BM-1200x800.jpeg


MILDEF Malaysia HMAV – ujian penilaian pertama oleh tentera lengkap, rangkumi perjalanan sejauh 1,000 km​
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,555
Reaction score
2,863
Points
206
Tarantula kenderaan berperisai pertama buatan Malaysia

WhatsApp-Image-2021-04-02-at-12.39.58-1-e1617338907736.jpeg


KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenderaan berperisai pertama buatan tempatan dinamakan sebagai Tarantula HMAV4x4.

Menurut beliau, kenderaan berperisai mobiliti tinggi itu dibina dengan menggunakan sepenuhnya teknologi dan kepakaran anak Malaysia.

Jelas beliau, kenderaan berperisai itu telah melalui pelbagai penilaian seperti ketahanan di lebuh raya, penggunaan minyak, ujian muatan, kecekapan, ujian mendaki serta cerun dan banyak lagi.

“Ujian berlangsung selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700 kilometer (KM) di atas jalan raya dan 300 KM secara ‘off-road’ termasuk beberapa ujian berhalangan lain.

“Tatacara uji nilai dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia setanding dengan pelaksanaan di peringkat antarabangsa.

“Nama kenderaan berperisai ini diambil daripada nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah bertaring yang besar,” katanya pada sidang media Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4×4 (HMAV4x4) di ibu negara hari ini.-K! ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register