BTC USD 42,562.8 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKNOLOGI PERTAHANAN: MILDEF Cipta Kenderaan Berperisai Pertama Tempatan

Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,985
Reaction score
2,206
Points
206
fuh dashat btul keto buatan malaysia cmni lah yg power... bli satu buek round2 kampung kan best ekekkekkeke
 

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,449
Reaction score
403
Points
91
perisai.jpg


KUALA LUMPUR – Mildef International Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan automotif untuk industri pertahanan di negara ini telah membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (4×4).

Menurut syarikat itu, kenderaan berperisai Mildef HMAV 4×4 dibangunkan bagi menyelesaikan cabaran sokongan selepas jualan dalam perkhidmatan tentera disebabkan terlalu bergantung kepada pembekal antarabangsa.

“Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kami berbesar hati untuk mengatakan bahawa kami telah berjaya membina dua unit prototaip dan ianya bersedia untuk diuji,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa dalam satu kenyataan hari ini.

Pembangunan HMAV telah dibantu oleh agensi pertahanan Malaysia iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) serta Angkatan Tentera Malaysia dalam mengesahkan reka bentuk termasuk pembangunan kenderaan mengikut aplikasi standard ketenteraan.

Selain membekalkan kepada pasaran Malaysia, Mildef merancang untuk menembusi pasaran ASEAN sebelum meneroka peluang bagi mengeksport kenderaan ke rantau lain.

Menurut syarikat itu, HMAV mempunyai platform modular yang boleh disesuaikan mengikut spesifikasi setiap negara.

Syarikat itu telah memberi kontrak kepada pengeluar jentera dan peralatan Amerika Syarikat, Caterpillar untuk membekalkan enjin kenderaan berkenaan, yang disebut sebagai “enjin yang paling mantap dengan teknologi termaju serta lasak yang ada di pasaran.”

Dilengkapi dengan fungsi artileri, grenad dan anti periuk api, ia turut dipasang dengan tenggekan senjata kawalan jauh yang membolehkan turet senjata kenderaan itu menembak secara 360 darjah semasa bergerak.


== MalaysiaGazette
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,165
Reaction score
1,402
Points
201
dulu ade kenderaan atm "adnan"... masih ada lg ke dah lenyap?
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,097
Reaction score
973
Points
121
Cantik... cuma.... orang lain uji dulu baru umum... Kita pulak suka umum sebelum uji... Nanti bila uji buat hal, jadi bahan ketawa...
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,369
Reaction score
783
Points
126
astrok bebenang sudah ada
 

ownz

Fun Poster
Joined
Sep 24, 2010
Messages
794
Reaction score
28
Points
20
Satu langkah positif, kudos to Mildef.. sbb msia byk jv ngn turki sblm ni Deftech-Fnss..

tp harap2 mine blast dgn mobility test lulus la for next move..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,816
Reaction score
2,911
Points
206
Ketua Jurutera Mildef HMAV4x4, produk UTeM

WhatsApp-Image-2021-02-25-at-5.02.18-PM.jpeg


MELAKA: Kejayaan sekumpulan anak tempatan membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi, Mildef HMAV4x4 telah memberikan impak langsung kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Hal ini kerana Ketua Jurutera yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan, Khairul Hazwan Mohd. Rasit merupakan alumni UTeM, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, pihaknya teruja dengan pencapaian berprestij itu kerana ia menggambarkan peranan UTeM yang melahirkan graduan unggul dalam bidang teknikal kepada negara.

“Graduan UTeM juga turut menjadi buruan majikan dan industri pelbagai sektor dari seluruh dunia dan perkara ini selari dengan kedudukan universiti yang berada pada kedudukan tiga teratas bagi kadar kebolehpasaran graduan dalam kalangan universiti awam dalam negara.

“Di samping itu, pelaksanaan strategi dan formula khas UTeM turut berkait rapat dengan kejayaan penghasilan graduan unggul, bila mana konteks pengisian daripada kerangka kerjasama strategik dengan rangkaian industri dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syarikat automotif industri pertahanan tempatan, Mildef International Technologies (Mildef) melakar sejarah apabila melancarkan kereta berperisai mobiliti tinggi setanding kualiti antarabangsa.

Kenderaan ketenteraan itu direka cipta dan dibangunkan sendiri Mildef yang berpangkalan di ibu negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd. Nizam Kasa, jentera itu turut disasarkan untuk kegunaan domestik serta berpotensi dipasarkan lebih luas di luar negara.

Dalam pada itu, Khairul Hazwan ketika ditemui berkata, proses pengajian di UTeM adalah komprehensif dan beracuan Revolusi Industri 4.0 yang mana ia membentuk kemahiran perindustrian dalam proses mereka bentuk dan pembuatan sesebuah produk.

“Mengimbas kembali pengajian sepanjang empat tahun dari tahun 2011 hingga 2015, saya dilengkapkan dengan kepakaran teori dan kemahiran berkaitan jentera perindustrian terkini dan bertaraf global.

“Di samping itu, penuntut juga melalui tempoh masa yang agak panjang, pembelajaran secara amali mesin berteknologi tinggi. Di samping pembelajaran daripada tenaga akademik UTeM yang berpengalaman luas dalam bidang industri multinasional dari seluruh dunia,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register