BTC USD 35,678.4 Gold USD 1,799.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKNOLOGI PERTAHANAN: MILDEF Cipta Kenderaan Berperisai Pertama Tempatan

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,263
Reaction score
13,613
Points
2,376
TEKNOLOGI PERTAHANAN | MILDEF Cipta Kenderaan Berperisai Pertama Tempatan

Syarikat perkhidmatan automotif industri pertahanan tempatan, MILDEF International Technologies berjaya membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi pacuan empat roda pertama di Malaysia.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,086
Reaction score
712
Points
126
Syarikat Tempatan, MILDEF Perkenal Kenderaan Berperisai Mobiliti Tinggi “HMAV4X4”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — MILDEF INTERNATIONAL TECHNOLOGIES (MILDEF) telah memperkenalkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi 4×4 yang direkacipta dan dibangunkan oleh mereka sendiri untuk tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Dengan pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar berkemahiran tinggi, MILDEF mempunyai rekod prestasi yang baik di dalam semua aspek penyelenggaraan, pembaikan dan membaikpulih jentera-jentera berat beroda dan berantai.

MILDEF2-2-scaled.jpg

Gambar kredit MILDEF

kenderaan berperisai mobiliti tinggi ini dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut. Dilengkapi dengan sistem persenjataan moden bersama grenade launcher, kenderaan berperisai ini direkacipta menggunakan sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh atau Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkannya menembak secara 360 darjah semasa bertempur.

syarikat ini telah bekerjasama dengan Caterpillar, pembekal enjin terulung di pasaran, untuk membekalkan enjin berdasarkan prestasi enjin mereka yang lasak, berteknologi tinggi dan mampu bertahan di dalam apa jua situasi.

MILDEF5-2048x1366.jpg

HMAV4X4 akan dibawa untuk pandu uji di seluruh negara oleh tim penilaian Tentera Darat pada hujung bulan ini dengan fasa akhir ujian di Gemas, Negeri Sembilan.

pihak MILDEF telah mengesahkan tempahan lebih daripada 100 unit kenderaan itu daripada beberapa negara Asia Tenggara dan Asia Barat.

“Kenderaan ini jauh lebih murah daripada kenderaan Eropah dan kami juga bersedia berkongsi teknologi dengan negara pengguna,” katanya

Pada tahun 2016, MILDEF menyedari bahawa kami mempunyai kapasiti untuk melakukannya. Kemajuan di dalam teknologi pembuatan merupakan salah satu sebab kami memulakan proses pembinaan kenderaan kami sendiri dengan mengambil inspirasi daripada rekabentuk kenderaan berperisai 4×4 terbaik yang lain di merata dunia.”

“Cabaran kami adalah untuk menunjukkan kepada pemain industri bahawa sebuah syarikat Malaysia mampu untuk merekacipta dan membangunkan kenderaan yang berupaya untuk bergerak pantas di pelbagai bentuk muka bumi dan boleh mencapai kelajuan lebih daripada 110KM sejam. “

berita lebih lengkap https://defencesecurityasia.com/5257-2-syarikat-mildef-perkenal-hmav4x4-berita/
 

jp59

Fun Poster
Joined
Jul 29, 2018
Messages
736
Reaction score
89
Points
30
buleh pun buat sendiri
TAHNIAH.TAHNIAH.TAHNIAH

beli dr luar pun asyik yg terpakai je.
klu beli yg baru plak...tak lama dah kondem.

RASANYE BANYAK LAGI BENDA II YG KITA BOLE BANGUNKAN SENDIRI.
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,305
Reaction score
4,023
Points
201
Kena start buat kereta suv defender commercialize utk public.. Cover situasi banjir..

ni produk turki



ff4ee82f8a33a72482550096be413f2f.jpg
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,949
Reaction score
676
Points
81
kena komersilkan pd public jgk..mcm hummer buat..hat military spec pun ada, hat awam pun ada..cuma kalu hat malaysia punya ni, downsized skit pun dh ok, enjin bg 2.0 ka(3.5-5 liter enjin, jenuh nk byq r/tax)..geng offroad mesti teruja
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,961
Reaction score
1,413
Points
111
Ok la tu......tapi saya lebih prefer negara kita bina Kapal Perang dan Kapal Selam. Sebab kita negara bermaritim.

So, benteng pertama pertahanan adalah kapal di laut.
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,728
Reaction score
133
Points
83
tony stark malaysia ke ni? mantap
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,305
Reaction score
4,023
Points
201
Ok la tu......tapi saya lebih prefer negara kita bina Kapal Perang dan Kapal Selam. Sebab kita negara bermaritim.

So, benteng pertama pertahanan adalah kapal di laut.

Xde modal nk belanja bina kapal perang.

Duit kita banyak kene songlap.

Simpan je lah "ayat prefer" tu. :ROFLMAO:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register