Teknik Forensik Baru Kesan Usia Cap Jari Di Tempat Kejadian Jenayah Dengan Tepat

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,906
Reaction score
2,463
Points
236
24.01.2020 - Amerika Syarikat, Teknik forensik mengenalpasti cap jari telah digunakan di mahkamah untuk kes jenayah sejak 1911. Selepas lebih seratus tahun, ia masih lagi digunakan bagi membuktikan identiti suspek di tempat kejadian. Teknologi forensik ini maju setapak lagi kerana saintis kini dapat menentukan usia cap jari yang ditinggalkan.

Cap Jari IdentitiPasukan penyelidik dari Iowa State University yang diketuai Profesor Young Jin Lee baru-baru ini telah menemui teknik untuk menentukan usia cap jari berdasarkan sebatian triacylglycerol yang ditinggalkan. Cap jari tiga individu diambil dan tahap triacylglycerol dipantau selama tujuh hari.

Dengan melihat tahap degradasi triacylglycerol, usia cap jari dapat ditentukan dengan tepat kerana ia bertindak balas dengan udara. Penyelidik juga mendapati usia cap jari masih boleh ditetapkan walaupun selepas ia diselaputi debu forensik yang digunakan untuk melakukan salinan.

Apabila usia dapat ditetapkan, pihak pendakwaraya boleh menggunakannya sebagai bukti suspek berada di tempat kejadian pada waktu jenayah dilakukan. Sebelum ini terdapat kes yang gagal dibuktikan kerana pihak pembelaan menggunakan alasan cap jari yang ditinggalkan adalah lama atau diletakkan sebagai bahan bukti palsu.



Berita asal https://newatlas.com/science/fingerprint-dating/
Sumber tambahan https://www.acs.org/content/acs/en/pressroom/presspacs/2020/acs-presspac-january-22-2020/residues-in-fingerprints-hold-clues-to-their-age.html
 
Top
Log in Register