BTC USD 39,737.0 Gold USD 1,800.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tekanan mati pucuk (INFO Yg bagUs UTk lelaki)

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: [email protected]





JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.

Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.


Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana ada buah zakar kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).

Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.

Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.

Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.

Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.

Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.

Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

Zakar yang tidak erek pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

p/s: sume sudah paham? jgn makan viagra..:">:">:">
 
Sponsored Post

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
hurm...............
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
bagi up sket............
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register