BTC USD 102,903 Gold USD 3,148.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teka Teki Nujum Pak Belalang ... layannn

RizalMerah

Active Member
Messages
2,206
Joined
Jan 2, 2008
Messages
2,206
Reaction score
58
Points
30
dah selak tak tau ada ker belum..layankan ajerrr..kalau slaah tempat mintak ampun yerr :)cgrock:)cgrock

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan
keadaan semasa kita....
Hahahahaha.. .!!!!


Soalan 1

Ahli Nujum UMNO : 'Pada tangan hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang
menegak
ke atas itulah PKR..'

Ahli Nujum UMNO : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti
UMNO hampir tenggelam
manakala PKR makin tinggi kedudukannya. ..'

Soalan 2

Ahli Nujum UMNO : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO
dan
yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke
dalam bekas berisi air,
yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Ahli Nujum UMNO : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO
yang patut kita kejar..
Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di
Thailand..!! !'

Soalan 3

Ahli Nujum UMNO : ' Ada sebuah masaelah,
Satu... baaaanyak-banyak! !...
Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!!
Tiga... jarang-jarang! !!...
Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Ahli Nujum UMNO : 'Buktikan..! !'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO
memang
banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara
dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar
pemimpinnya berani melawan pucuk pimpinan...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita
dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi
UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Ahli Nujum UMNO : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di
kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya
ataupun pada jenteranya.. .'

Ahli Nujum UMNO : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Ahli Nujum UMNO : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada
toyol-toyolnya
untuk menonjolkan kekuatannya. ..
Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan
kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan
Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

Soalan Extra

Ahli Nujum UMNO : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijak
laksana...!! !
Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..'
Kerana UMNO pantang tengok duit...sampai buat teka-teki pun guna duit..
belum lagi masuk projek besar2..dan duitlah yang telah
MENJAHANAMKAN UMNO...'

Maka Ahli Nujum UMNO pun jatuh pengsan.. dan dimasukkan ke ISA kerana
disyaki berpakat dengan Ahli Nujum Negara untuk menjatuhkan UMNO.

Maka bersoraklah 100,000 rakyat di luar istana dengan kemenangan 5-0 Ahli
Nujum Negara terhadap Ahli Nujum UMNO!!!
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register