Teka nama"Pemimpin pembangkang sudah menyerahkan nama wakil rakyat kpd Agong?"

CG Sponsors




Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,783
Reaction score
755
Points
121
salah seorang yg disyaki dlm list 120:

Sembang si pan:


Sunday, October 18, 2020

Maszlee sokong Anwar di luar pengetahuan Mahathir

October 18, 2020



Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber yang rapat dengan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu Astro AWANI, jika benar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan.

Ini kerana Anwar ketika sidang media pada 23 September lepas memaklumkan ahli Parlimen yang mewakili Pejuang tidak ada dalam senarainya.

Sumber itu juga memberitahu, Pejabat Dr Mahathir berusaha menghubungi Maszlee untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu, namun bekas Menteri Pendidikan berkenaan gagal dihubungi.

“Sehingga kini, Maszlee masih gagal dihubungi oleh pejabat Tun Mahathir untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Maszlee memberi sokongan kepada Anwar tular di media sosial lewat petang Sabtu.

Menerusi surat itu Mazlee didakwa menyatakan beliau ikhlas memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan Maszlee berhubung perkara berkenaan juga masih belum berhasil.

Maszlee dan pegawainya juga tidak membuat sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan perkara berkenaan. Awani





Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular

October 17, 2020


 
Sponsored Post
Top
Log in Register