BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tebing Sungai Runtuh, Kawasan Bina LRA Tenggelam

Sponsored Post

Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) Di Tutup 3 Bulan

08.09.2024 - Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) bagi pembinaan loji rawatan air (LRA) di Taman Mas, di sini dijangka ditutup selama tiga bulan susulan runtuhan tebing semalam. Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim berkata, penutupan itu bagi membolehkan pihak konsultan menilai semula rekaan projek tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kerja-kerja di tapak pembinaan mengikut prosedur, tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Kerja-kerja di tapak hanya untuk pembaikan dan pencegahan kerosakan yang berlaku. Kontraktor perlu segera baiki tebing tersebut,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, pekerja tapak pembinaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) berdepan detik cemas apabila tebing runtuh dan menenggelamkan kawasan pembinaan projek LRA sedalam 19 meter. Kesemua kira-kira 100 pekerja sempat menyelamatkan diri. Sementara itu, menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, projek pembinaan terbabit perlu dihentikan sehingga laporan dikemukakan oleh konsultan projek berhubung kejadian dan langkah-langkah yang perlu dibuat.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Sepang itu berkata, notis henti kerja akan dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melalui Pengarah Kejuruteraannya kepada pemaju terlibat. Jelasnya, konsultan projek juga perlu mengemukakan cadangan kepada MPSepang untuk langkah ke hadapan.
1725791142281.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register