BTC USD 61,932.7 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tebing Sungai Runtuh, Kawasan Bina LRA Tenggelam

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,917
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,917
Reaction score
6,857
Points
916
Awards
1
07.09.2024 - Runtuhan tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air (LRA) sedalam 19m di Taman Mas Puchong, Sepang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bersama lapan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.14 petang tadi. Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pasukan bomba meneruskan pemantauan di lokasi dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan menghentikan kerja pembinaan sementara. Katanya, pihak pengurusan turut diminta memaklumkan kejadian itu kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kawasan runtuhan selamat bagi kerja pembinaan diteruskan.​

1725723251193.png
 
Sponsored Post

Tebing Sungai Runtuh, Gamuda Henti Kerja Pembinaan Projek Bekalan Air Sungai Rasau

07.09.2024 - Tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1 ) runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu di Taman Mas, Puchong, Selangor petang tadi. Gamuda Berhad dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun, tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 2 petang itu.

"Air melimpah memenuhi tapak pembinaan, Semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai … keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar. Runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter" menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan dengan itu, semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata JBPM mengarahkan kepada pihak pengurusan projek itu untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan.​

1725729364141.png
 
Detik-Detik Tebing Sungai Runtuh Di Puchong Di Rakam Penduduk

08.09.2024 - Semua kerja di tapak pembinaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1), yang terletak di Taman Mas di Puchong, Selangor dihentikan bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan. Gamuda Berhad dalam satu kenyataan berkata, semua pihak di tapak pembinaan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan sewajarnya.

"Keutamaan kami ialah keselamatan pekerja kami, orang awam, dan alam sekitar. Kami bersyukur untuk melaporkan bahawa tiada kecederaan yang dialami oleh pekerja binaan kami atau orang awam. Semua air yang melimpah mengalir masuk ke dalam tapak pembinaan,"" ujar kenyataan itu.

Syarikat itu berkata, pada pukul 2 petang Sabtu, terdapat runtuhan tambak kolam mengakibatkan air kolam memasuki kawasan hadapan kerja pembinaan. Terdahulu, tular video orang awam memaparkan kejadian runtuhan tebing sungai di Taman Mas yang menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter. Klip yang tersebar dipercayai diambil oleh penduduk dari bangunan perumahan berdekatan itu merakamkan detik-detik keruntuhan tebing berkenaan yang menyebabkan berlakunya aliran deras air masuk ke tapak tersebut.

Pada masa sama, sekumpulan pekerja di kawasan berkenaan yang berada tidak jauh dari lokasi turut dilihat sedang bergerak keluar. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada pukul 4.14 petang Sabtu.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. Pihak bomba juga membuat pemantauan dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan kerja pembinaan. Pihak pengurusan turut diminta memaklumkan kejadian kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan kawasan runtuhan itu selamat bagi kerja pembinaan diteruskan," ujarnya.​

Tengok tanah pun dah tahu bekas lombong.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register