BTC USD 62,284.7 Gold USD 1,764.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tebang pokok tua

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70

KUALA LUMPUR: Bersihkan tunggul dan tebang pokok yang sudah tua. Itulah antara komen diberi orang ramai yang ditemui ketika diminta mengulas mengenai kejadian menyayat hati kematian Mohd Helmi Hussin, 37, yang maut dihempap tunggul pokok setinggi 10 meter ketika menunggang motosikal bersendirian ke arah Jalan Raja Chulan, di sini, baru-baru ini.

Suri rumah, Nurhemi Madani, 40, berkata, kejadian itu membuka mata masyarakat dan banyak pihak terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mengendalikan kerja penyelenggaraan.


“Bagi saya, mereka perlu sentiasa memantau keadaan pokok di kawasan kendalian supaya perkara yang tak diingini dapat dielakkan.

“Memang tidak dinafikan bahawa ajal maut di tangan Tuhan tapi jika kita dapat berusaha menanganinya sebaik mungkin, kejadian seperti itu tak akan berulang,” katanya.


Katanya, walaupun pokok diperlukan untuk mengelakkan rasa panas oleh kebanyakan orang, namun jika pokok tua boleh membahayakan keselamatan, sebaiknya ditebang.


“Orang ramai selalu mengeluh ada pokok salah tak ada pokok pun salah tapi kita kena lihat perkara itu daripada perspektif lain dan berfikir dengan logik.

“Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, perkara sebegini memang amat dikhuatiri,” katanya.


Tinjauan Harian Metro ke beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur mendapati, terdapat banyak pokok besar yang tinggi dan besar mungkin bertujuan meredupkan dan mencantikkan pemandangan kotaraya mengelilingi bahagian tepi jalan itu.


metro..
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,234
Reaction score
2,248
Points
201
patut la ramai lagi org miskin kt luar walaupon duit zabat berbilion2
 

bintara80

Active Member
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
22
Points
35
pokok2 yg hidup punnnn... kalau ada yg nk tumbang pon kena cantasss gak
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
kejap jer ni.lepas ni takda la buat kerja lagi.kena tunggu ada kes kematian lagi la gamaknye
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register