BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tawar RM2,000 ‘lesen’ seludup warga asing

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,696
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,696
Reaction score
6,739
Points
881
Awards
1
Tawar RM2,000 ‘lesen’ seludup warga asing


Roney ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI
SHAH ALAM – Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menawarkan rasuah RM2,000 bagi urusan kemasukan warga asing di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Tertuduh, Roney Irwan Mohamad Nor, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Roney Irwan didakwa menawarkan suapan RM2,000 kepada lelaki berusia 42 tahun sebagai upah memudahkan urusan kemasukan warga asing masuk ke negara ini melalui kaunter Imigresen KLIA2 pada 2023.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa SPRM, Muhammad Ariff Badrulhisham mencadangkan jaminan RM20,000 selain menyerahkan pasport kepada mahkamah, lapor diri di pejabat SPRM sehingga kes selesai.

Peguam Datuk Zamri Idrus bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara lima anak selain menanggung kos rawatan sakit jantung.

“Tertuduh masih berkhidmat dan kini bertugas di Johor Bharu. Sebagai pegawai kerajaan dia boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, namun tempoh menunggu agak panjang jadi beliau perlukan wang untuk rawatan di hospital swasta,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 berserta syarat tambahan selain tidak dibenarkan menganggu mana-mana saksi. Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register