BTC USD 102,740 Gold USD 2,711.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tawar khidmat seks kepada detektif menyamar, wanita Indonesia didenda RM1,800

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
Tawar khidmat seks kepada detektif menyamar, wanita Indonesia didenda RM1,800

Tawar khidmat seks kepada detektif menyamar, wanita Indonesia didenda RM1,800
AYER KEROH: Seorang wanita warga Indonesia didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, berikutan menawarkan perkhidmatan seks kepada detektif yang menyamar di sebuah hotel bajet di pusat bandar Melaka pada bulan lalu.

Tertuduh, Seri Wahyuni, 30, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu. Tertuduh yang berasal dari Cianjur, Jakarta, Indonesia, membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah bilik hotel di Jalan PM 5, Plaza Mahkota, daerah Melaka Tengah, kira-kira jam 6.10 petang 16 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, peguam, Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh, berkata anak guamnya itu mengakui insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan pada masa depan.

"Tertuduh datang ke Malaysia dengan hasrat mencari kerja bagi membantu keluarga berikutan kematian bapa.

"Dia menanggung ibu berusia 52 tahun serta dua adik berumur 14 dan sembilan tahun," katanya.


Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib bagaimanapun memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Mengikut fakta kes, pasukan Cawangan D7 (Kongi Gelap, Maksiat dan Perjudian) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjalankan operasi Op Noda serta membuat pemerhatian di hotel terbabit pada hari kejadian.

Hasil penyamaran dilakukan seorang detektif, wanita terbabit didapati menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran tunai RM350 untuk sekali perkhidmatan.

Susulan itu, suspek ditahan dan hasil pemeriksaan di dalam bilik terbabit, polis turut merampas barangan miliknya seperti kondom, minyak dan tisu basah dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran.
 
Back
Top
Log in Register