BTC USD 28,431.5 Gold USD 1,975.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tawar diri bina institut pelancongan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mohd Sharkar (barisan belakang, empat kanan) bersama pengerusi Homestay seluruh Pahang sempena mesyuarat agung persatuan itu, baru-baru ini.


SEKTOR pelancongan negara memerlukan sebuah institut pengajian dalam bidang itu khusus untuk melahirkan pemain industri yang berpengetahuan, berkepakaran dan mempunyaiprosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, institut pelancongan dimaksudkan itu adalah sebuah organisasi khusus yang akan mengeluarkan SOP dalam setiap perkara dan bidang kerja industri pelancongan.

Menurutnya, sebagai contoh, pemandu teksi mempunyai SOP tertentu diucapkan kepada pelancong dengan mengalu-alukan kehadiran mereka dan ia diamalkan secara sama di mana sahaja.

“Selain itu dengan adanya SOP kepada pemain industri ini akan memudahkan pembelaan tangga gaji kepada mereka yang terlibat kerana kita tidak tahu kelulusan yang ada pada mereka yang terlibat dalam industri ini.

“Bagi merealisasikan hasrat ini kerajaan negeri Pahang menawarkan diri untuk membangunkan institut pelancongan tersebut memandangkan negeri ini kaya dengan kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Homestay Pahang dan Kursus Kecantikan, Bekam dan Refleksologi di Desa Murni, baru-baru ini.

Mohd Sharkar berkata, sehingga kini Pahang mempunyai 16 kampung yang terlibat dalam program Homestay dan empat kampung lagi sedang menunggu kelulusan permohonan untuk terlibat dalam program itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mensasarkan penglibatan 30 kampung dalam program Homestay menjelang 2018 hingga 2020 sekaligus mampu meningkatkan pendapatan kepada mereka yang terlibat dalam industri itu di negeri ini.

“Sehingga September tahun ini, terdapat 322 peserta yang terlibat dalam program Homestay di negeri Pahang membabitkan 16 kampung dengan pendapatan mencecah RM7 juta daripada 499 bilik yang disediakan.

“Pendapatan ini diperoleh terus dari pelancong luar negara yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong Singapura dan Jepun,” katanya.

Dalam perkembangan sama Mohd Sharkar juga menggalakkan pengusaha Homestay menyediakan perkhidmatan sampingan kepada pelancong asing seperti bekam, refleksologi dan sebagainya sebagai program tambahan yang disediakan.
 
Top
Log in Register