alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai alat telekomunikasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan menjual telefon bimbit tiruan berjenama Nokia, November tahun lalu.
Lau Ai Na, 31, yang juga orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.
Berdasarkan pertuduhan, Lau didakwa menawarkan barangan tiruan iaitu dua unit telefon bimbit Nokia N95 dan tiga unit bateri Nokia ketika menjalankan perniagaan di kedai Celltalk Telecommunication, Lot GK-5, Tingkat Bawah, Plaza Bukit Bintang di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari, pada 29 November 2007.
Berikutan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding, Pegawai Pendakwa, Tilma Samsi menawarkan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap OKS.
Lau yang diwakili peguam Esther Tan Siew Choo, bagaimanapun memohon supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai wang mencukupi selain sudah melaporkan diri ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebanyak dua kali.
ini baru yg kat bukit bintang,yg kat Pertama Kompleks tu tak tahulah camne:-?