BTC USD 28,251.1 Gold USD 1,941.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tauke kedai emas belanja orang ramai 1.2 tan durian

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,690
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,690
Reaction score
1,306
Points
206

Pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian​

| | 31 Julai 2022
1855865.jpg

Murtadhatumizi (kiri) melayan orang ramai yang hadir untuk menikmati durian serta pulut percuma sempena ulang tahun kelahirannya ke 27.

KOTA BHARU - Seorang pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 yang disambut pada Sabtu.

Murtadhatumizi Mustapha berkata, pemilihan raja buah itu bagi membolehkan orang ramai menikmati keenakan rasa disebabkan oleh harganya yang masih lagi tinggi ketika ini.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, saya akui masih ramai tidak mampu untuk membeli durian.

"Jadi saya fikir inilah bentuk perkongsian yang mampu memberikan kegembiraan kepada orang ramai dengan menjamu durian," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, beliau gembira apabila kira-kira 700 pengunjung hadir ke jamuan tersebut dapat menikmati hidangan raja buah itu.
Katanya, selain itu beliau turut menyediakan hidangan pulut durian dan aiskrim kepada orang ramai yang hadir ke jamuan berkenaan.

"Walaupun penat, namun semua itu hilang apabila melihat orang ramai dapat menikmati jamuan ini dengan begitu berselera," katanya.

Murtadhatumizi yang juga tauke kedai emas berkata, dia menyasarkan untuk mengadakan jamuan ini dalam skala yang lebih besar pada masa hadapan.

Disyorkan artikel ini:

Sementara itu, seorang pengunjung Azimah Ahmad, 39, berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Katanya, ia memberi peluang dan ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk menikmati keenakan rasa durian yang dimakan bersama dengan pulut.

 
Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,690
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,690
Reaction score
1,306
Points
206

"Ambo Nok Jadi YB" - Ceo Mz Gold -​

2 minutes

IMG_20210708_202430_416-735x400.jpg

“AMBO nok jadi YB (Yang Berkhidmat)” Itu kata-kata yang terpancul dari mulut Ketua Pegawai Eksekutif Mz Gold, Murtadhatumizi Mustapha sejurus melihat keperihatan hidup yang terpaksa diharungi oleh penduduk Kampung Pulau Suri, Tumpat.​


Murtadhatumizi berkata, berbekalkan kemampuan yang ada dia tekat untuk terus menabur bakti dengan menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ketika ini.

Menurutnya, sejak 1 Jun hingga semalam sebanyak 400 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, pendekatan itu diambil selepas pihaknya terkesan melihat kesulitan yang dialami oleh mereka yang bekerja sendiri selepas kerajaan terpaksa menutup beberapa sektor bagi mengurangkan jangkitan.

“Melihat kepada situasi itu kami (Mz Gold) menawarkan diri untuk menjadi YB dengan turun padang mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Jadi marilah bersama-sama kami dengan menyokong produk keluaran Mz Gold. Setiap sokongan yang anda berikan (dengan membeli produk kami) akan disalurkan kepada golongan memerlukan,”
katanya.

Sebanyak 96 keluarga di Kampung Pulau Suri menerima sumbangan bakul makanan yang diagihkan secara terus kepada penerima.

Hadir sama, Ketua Balai Polis Palekbang, Sarjan Mejar Anuar Awang Besar.

 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,690
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,690
Reaction score
1,306
Points
206

Korbankan Charolais demi asnaf​

HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 12 Julai 2022

1834360.jpeg

Murtadhatumizi (kiri) menghadiahkan seekor lembu kesayangan baka Charolais yang bernilai RM15,000 pada sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad untuk diagihkan kepada golongan asnaf.


TUMPAT - Mengambil semangat korban, seorang ahli perniagaan menghadiahkan seekor lembu kesayangan daripada baka Charolais bernilai RM15,000 untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad.


Murtadhatumizi Mustapha, 27, berkata, lembu yang dipelihara sejak dua tahun lalu sudah mencapai berat 700 kilogram.

“Saya jangka kira-kira 1,000 golongan asnaf akan dapat menikmati agihan daging korban tersebut.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kasih Mz Gold Kelantan (Kasih MzGold) menyedari kenaikan kos sara hidup pada hari ini sememangnya menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk menjalankan ibadah korban.

“Jadi, saya nekad mengorbankan lembu ini untuk diagihkan kepada orang ramai yang tidak mampu berbuat demikian,” katanya yang berhasrat menjadikan program itu sebagai acara tahunan Kasih MzGold pada masa akan datang.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register