BTC USD 60,323.8 Gold USD 1,741.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tauke dadah termasuk Tan Sri, Datuk Seri akan dibawa ke muka pengadilan - KPN

cotek21

Fun Poster
Joined
Dec 28, 2020
Messages
122
Reaction score
33
Points
20
dah sahih dikenalpasti tak payah tangkap dah VVIP ramai yg backup dibelakang
lawyer bersusun nak amik kes, tawar diri utk lepas VVIP.

cara paling senang letak peluru dalam kepala..settle
 
Sponsored Post

john_pablo

Fun Poster
Joined
Jun 27, 2011
Messages
584
Reaction score
8
Points
15
kalau dadah xdak jual...para penagih pon xdak punca dh..lama2 brenti la..hahaha.ni punca sbb ada tokan besar..
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
168
Reaction score
24
Points
15
susah nk tangkap. lojiknya, yg pegang duit boleh kontrol semua
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,226
Reaction score
241
Points
43
Siasatan Tan Sri, Datuk dalangi kartel dadah masih dijalankan

RAZARUDIN HUSAIN


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berkaitan tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut termasuk mengenal pasti sejauh mana pembabitan orang kenamaan berkenaan.

"Siasatan menyeluruh akan dibuat dan saya akan memastikan keadilan.

"Dalam menjalankan siasatan, kita perlu lihat segala aspek termasuk sama ada mereka benar-benar terbabit atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu bergelar Tan Sri dan dua Datuk adalah dalang utama aktiviti pengedaran kokain di negara ini sejak empat tahun lalu.

Kegiatan mereka sukar dihidu sebelum ini selepas hanya mempamerkan kehidupan seharian dengan terbabit dalam perniagaan sektor perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Sebaliknya, aktiviti yang menjana kehidupan mewah mereka itu adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran kokain.

Sementara itu, Razarudin berkata, JSJN sudah memohon untuk menambah bilangan perjawatan di jabatan itu dalam usaha membanteras dadah di negara ini.

Menurutnya, JSJN mempunyai keanggotaan kira-kira 5,000 orang di seluruh negara ketika ini dan ia tidak mencukupi.

Katanya, pihaknya memerlukan 15,000 pegawai dan anggota untuk memperkasakan lagi JSJN.


== hmetro
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register