- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 12,869
- Reaction score
- 2,143
- Points
- 201
Tauke dadah termasuk Tan Sri, Datuk Seri akan dibawa ke muka pengadilan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
JELI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik gelaran Tan Sri dan Datuk Seri.
Sindiket berkenaan yang dikesan mempunyai rangkaian hebat, berselindung di sebalik perniagaan sah serta hidup mewah itu bagaimanapun, sukar untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan dadah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Abdul Hamid Bador, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya akan pastikan sindiket berkenaan dibawa ke muka pengadilan.
Katanya, jika selama ini, setiap kali rampasan besar mencecah jutaan ringgit, hanya individu bawahan sahaja diusik, sedangkan rangkaian utama yang berada diatas tidak terjejas.
"Walaupun status mereka bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, sudah tiba masanya mereka dibawa ke muka pengadikan kerana sudah merosakkan ribuan rakyat Malaysia dengan kemasukan dadah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, setakat ini Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap sindiket dadah berkenaan.
"Paling tidak, kita akan mengambil tindakan menerusi Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Jangan ingat mereka boleh berselindung di sebalik gelaran yang ada, sedangkan hakikatnya mereka adalah penyuntik dana," katanya.
Pada masa sama, katanya ancaman dadah semakin di negara ini semakin serius dan pihaknya akan membawa perkara itu ke peringkat atasan.