RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,209
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,209
- Reaction score
- 867
- Points
- 166
sebenarnya ada beberapa lagi muzium di Kuala Lumpur yang ramai tak tahu kewujudannya. Muzium-muzium ini sebenarnya sangatlah menarik tetapi mungkin korang terlepas pandang.
Alangkah ruginya jika tidak menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Muzium ini merupakan muzium yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam serta dianggap muzium terbaik di Malaysia. Ia terletak di Taman Botani Kuala Lumpur.
Muzium ini sekarang sedang dibuka secara percuma sempena berlangsungnya Pameran Mini Kaligrafi Islam bagi menyambut 20 tahun kolaborasi bersama Persatuan Seni Khat Kebangsaaan (PSKK).
Serentak berlangsung juga ialah pameran ’14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World’.
Ia mempersembahkan sejarah 14 dinasti dan empayar yang muncul selepas kewafatan Rasulullah SAW dan perkembangan jajahan Islam dari Africa Utara hingga ke Asia Tenggara.
Pameran yang dibuka sepanjang tahun pula ialah 12 galeri yang menampilkan seni bina Islam, barangan kemas, tekstil, syiling dan cap mohor, senjata dan perisai, seni logam dan sebagainya.
Terdapat juga galeri seni dan artifak Melayu, Cina dan India di mana ia mengetengahkan pengaruh budaya Islam.
Korang yang selalu melalui Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur dan lalu-lalang di depan bangunan bersejarah pejabat Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tu, perasan tak di situlah terletaknya Muzium Tekstil Negara?
Muzium Tekstil Negara membawa korang meneroka kekayaan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.
Muzium ini menjejak susur-galur dan perkembangan tekstil yang telah mempercirikan dan membentuk gaya hidup masyarakat Malaysia sejak zaman pra-sejarah hingga kini.
Pengunjung dapat melawat empat galeri yang mempamerkan koleksi tekstil tersohor, aksesori dan pakaian.
Persembahan multimedia turut menonjolkan teknik-teknik penghasilan tekstil di Malaysia.
Di samping itu banyak aktiviti menarik disediakan untuk menarik perhatian pengunjung.
Percayalah, muzium ini tidak membosankan
Muzium Polis Diraja Malaysia terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kepada korang atau ada anak-anak korang yang menunjukkan minat kepada profession polis, eloklah datang melawat ke sini. Masuk percuma je.
Muzium ini menyimpan pelbagai artifak, antaranya senjata lama pistol flint-lock buatan British berusia lebih 300 tahun serta duit syiling Portugis yang berusia lebih 500 tahun.
Terdapat lebih 3,000 artifak dipersembahkan seperti senjata, pistol, pedang, anak panah, meriam, kereta perisai, kenderaan pemadam api beroda, rajah, peta dan pakai seragam polis zaman dahulu.
Pelbagai dokumen yang dirampas dari komunis dan gambar pasukan dipamerkan buat tatapan korang agar dapat menelusuri jerit perih sejarah perjuangan pasukan keselamatan tertua negara kita.
Muzium ini merupakan destinasi berbaloi untuk korang kunjungi juga. Apalah agaknya pameran yang ada di sini ye? Sebab itu korang kena datang menyaksikannya sendiri.
Muzium ini terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.
Ruangan masuknya sudah cukup menarik perhatian kanak-kanak.
Korang akan disambut dengan board game bersaiz gergasi yang boleh membuatkan kanak-kanak leka bermain.
Paling menarik, korang akan menemui terowong RM 1 juta, di mana dindingnya dihiasi dengan wang sebenar sebanyak RM 1 juta. Saksikanlah bagaimana rupa wang 1 juta tu terlihat. Cantik juga bergambar di terowong ni.
Untuk pengetahuan korang, muzium ini terbahagi kepada enam galeri pameran iaitu, Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi dan Galeri Kanak-Kanak.
Muzium dan Galeri Seni ini ialah satu idea yang bernas untuk memberi peluang kepada masyarakat dalam mengetahui sejarah kewangan dan meneroka berkaitan hal-hal perbankan dan melihat bahan pameran disitu.
Ada lagi beberapa muzium untuk korang luangkan masa, semuanya terletak di Kuala Lumpur dan terletak berdekatan di antara satu sama lain. Jomlah bawa ahli keluarga korang di hujung minggu ini.
1. Muzium Kesenian Islam Malaysia

2. Muzium Tekstil Negara

3 Muzium Polis Diraja Malaysia
Muzium Polis Diraja Malaysia terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kepada korang atau ada anak-anak korang yang menunjukkan minat kepada profession polis, eloklah datang melawat ke sini. Masuk percuma je.
Muzium ini menyimpan pelbagai artifak, antaranya senjata lama pistol flint-lock buatan British berusia lebih 300 tahun serta duit syiling Portugis yang berusia lebih 500 tahun.
Terdapat lebih 3,000 artifak dipersembahkan seperti senjata, pistol, pedang, anak panah, meriam, kereta perisai, kenderaan pemadam api beroda, rajah, peta dan pakai seragam polis zaman dahulu.
Pelbagai dokumen yang dirampas dari komunis dan gambar pasukan dipamerkan buat tatapan korang agar dapat menelusuri jerit perih sejarah perjuangan pasukan keselamatan tertua negara kita.
4. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia