BTC USD 96,503.9 Gold USD 2,675.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taruhan ‘bond ayam’

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PENDANG: Seorang lelaki berusia 40-an menjadikan kawasan hutan di Bukit Perak, Sungai Tiang di sini, sebagai gelanggang khas menyabung ayam atau lebih dikenali sebagai ‘bond ayam’, sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pemilik gelanggang itu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap minggu hanya menjalankan kutipan tiket RM5 setiap seorang serta mengambil 10 peratus bagi setiap taruhan.

Gelanggang yang hanya dibuka setiap Jumaat itu bukan saja menjadi tumpuan ratusan kaki judi, malah menarik kehadiran kaki sabung ayam dari seluruh negara.

Sebuah restoran khas dibina dalam kawasan berkenaan khusus golongan terbabit berehat termasuk menjamu selera selepas keletihan menyabung ayam.

Menurut sumber, gelanggang itu sentiasa menjadi tumpuan kaki sabung ayam kerana dikatakan kawasan paling selamat.

“Lokasinya tersembunyi jauh di dalam hutan menjadikan perbuatan itu sukar dihidu pihak berkuasa. Selain itu, nilai taruhan tinggi menyebabkan ramai kaki judi dari luar sanggup datang ke sini.

“Pemilik gelanggang itu hanya membenarkan taruhan RM500 ke atas saja. Selalunya, nilai taruhan berjumlah antara RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap sabungan. Namun, ia bergantung kepada pemilik ayam berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pemilik gelanggang itu mengambil 10 peratus bagi setiap nilai taruhan yang digelar ‘too chii’ dan jika nilai taruhan tinggi maka lebih banyak keuntungan diperolehinya.

Seorang penyabung ayam yang dikenali sebagai Awang, 50-an, berkata dia bersama rakan membawa sekurang-kurangnya dua ayam sabung dipertaruhkan setiap minggu.

“Saya memperuntukkan taruhan RM1,000 bagi setiap ayam selain menerima wang taruhan daripada rakan seperjuangan. Apa yang penting saiz ayam yang hendak disabung mestilah sama.

“Ini penting bagi memastikan ayam dipertaruhkan mampu bertarung dengan baik. Jika saiz lawan lebih besar, maka ayam taruhan kita mungkin tewas dalam pertarungan itu,” katanya.

Awang menganggap penjagaan ayam sabung penting memastikan kemenangan, berkata dia memiliki lebih 50 ayam yang sudah cukup umur dan bersedia dipertaruhkan.

“Penjagaan terperinci dari segi pemakanan dan ubat-ubatan amat penting memastikan kesihatan ayam sabung, terutama seminggu sebelum perlawanan.

“Menang kalah adat dalam pertarungan. Semua ini hanya hobi dan bukan sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata tindakan segelintir individu menyabung ayam adalah haram di sisi agama Islam selain membuktikan mereka kembali pada zaman jahiliyah.

“Perbuatan menyeksa binatang atau haiwan adalah salah kerana ia sepatutnya disayangi dan bukannya dizalimi.

“Malah, tindakan mereka meletakkan taruhan bagi setiap sabungan adalah berjudi, mungkin cara saja berbeza tetapi benda haram tetap haram,” katanya.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Abdul Aziz Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung perbuatan itu.

Lepas keluaq penjara jadi bapak ayam ler pulak

:mad:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register