Tarikh sebat Kartika diketahui bulan depan

CG Sponsors

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN - Tarikh pelaksanaan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang menjadi persoalan ramai selama ini akan diketahui bulan depan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ada kewajaran tarikh hukuman itu disegerakan kerana ia sudah menjadi isu sensitif yang mencetuskan perdebatan pelbagai pihak.

"Saya akui isu ini begitu sensitif, jadi kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik supaya ia tidak lagi berpanjangan.

"Saya beri tempoh sebulan lagi untuk selesaikan segala masalah dan mencari punca-punca yang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan segera,''' titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Insentif Sukan Sea Laos 2009 di Hotel MS Garden di sini.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Tunggu warkah kepada istana

KUANTAN: Teka-teki hukuman sebat yang dikenakan terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 20 Julai tahun lalu selepas mengaku bersalah meminum arak yang tertangguh hingga kini, dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada sidang media selepas Majlis Pengurniaan Insentif Sukan Sea 2009 di sini, semalam. Bagaimanapun, baginda tidak menyatakan sama ada kes itu diselesaikan dengan pelaksanaan hukuman sebat diteruskan atau dibatalkan. Baginda bertitah, kes terbabit perlu ditangani secara bijaksana dan penuh keinsafan kerana isu yang sensitif dan perlu dilaksanakan secara adil. “Mungkin ada hikmah di sebalik penangguhan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika.

Malah, kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan dalam tempoh penangguhan itu, kita mencari penyelesaian terbaik. “Saya bersedia bertemu Kartika tetapi hingga kini dia belum menghubungi kita berhubung hasratnya menghadap Sultan Pahang bagi mendapatkan pandangan baginda berkaitan penangguhan hukuman sebat terhadapnya,” titahnya. Ibu anak dua itu yang baru bercerai dengan suaminya, seorang jurutera rangkaian agensi berita antarabangsa di Singapura, Mohamad Afandi Amir, 38, didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Wanita itu kemudian dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah meminum arak di pusat hiburan di Cherating pada 11 Julai 2008. Kartika sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor, pada 24 Ogos tahun lalu, dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika itu. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan. Selepas lima bulan tertangguh, Kartika meluahkan hasrat awal bulan ini untuk menghadap Sultan Pahang bagi mendapatkan pandangan baginda mengenai penangguhan hukuman sebat terhadapnya. Kartika dipetik berkata, Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam negeri itu mempunyai kata pemutus terhadap hukuman enam sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Dia yang juga menulis rintihan hati untuk dijadikan sebagai warkah dan diperkenan untuk disampaikan kepada Sultan Ahmad Shah mengaku bersedia akur dengan titah baginda sama ada meneruskan hukuman sebat atau membatalkannya.

Bapa terharu kesudian Tengku Mahkota Pahang

IPOH: “Saya berasa terharu dan berbesar hati di atas kesudian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima menghadap anak saya bagi menyelesaikan isu hukuman sebat yang sebelum ini tertangguh,” ujar Shukarnor Abdul Muttalib, 62, bapa kepada bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan minum arak.

Bagaimanapun, Shukarnor berkata, pihaknya belum mengemukakan sebarang permohonan rasmi menghadap Tengku Abdullah. “Buat masa ini Kartika di Singapura membawa anaknya Wann Kaitlynn Saridewi Mohamad Afandi, 6, menjalani pemeriksaan kesihatan di sana. “Saya dan Kartika akan berbincang dengan peguam kami sebelum menghantar surat permohonan menghadap Tengku Abdullah berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kartika sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk memohon perkenan mengadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk mendapat pandangan baginda mengenai penangguhan hukuman sebat ke atasnya sejak lima bulan lalu.

Rosman

Fun Poster
Joined
Jan 9, 2010
Messages
644
Reaction score
334
Points
36
Sepatutnya hukuman ini dikenakan pada
semua yang minum arak baru padan muka dia orang........
 
hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
rasanya x silap aku dari bulan 7 ke 8 lg 'tarikh sebat kartika dijangka minggu depan, bulan depan, lps ramadan, bla3....
 
janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
kalau politik masuk campur gini la jadinye..den buek andaian jo.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register