BTC USD 51,314.9 Gold USD 1,840.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 12 April

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,601
Reaction score
269
Points
51
WhatsApp-Image-2021-04-02-at-14.13.48-e1617344097816.jpeg


PETALING JAYA – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ditetapkan pada 12 April ini bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan berkata, tempat melihat anak bulan Ramadan dilakukan di 29 lokasi seluruh negara.

“Tempat tersebut ialah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

“Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); manakala di Kedah di Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi serta Menara Alor Setar,” katanya di sini hari ini.

Bagi Terengganu pula ialah di Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang (Setiu), manakala di Kelantan melibatkan Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai) dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu.

“Tiga tempat di Sarawak ialah Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching) dan Tanjung Batu (Bintulu); satu lokasi di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan; serta tiga di Pahang merangkumi Bukit Tanjung Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands) dan Bukit Pelindung, Kuantan.

“Di Wilayah Persekutuan ialah tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, manakala bagi Perlis pula ialah di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya.


== kosmo online
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,654
Reaction score
21,173
Points
1,671
Salam ramadan warga cg
2021_04_12_20.10.51.jpg
 

Attachments

  • 2021_04_12_20.10.51.jpg
    2021_04_12_20.10.51.jpg
    213.5 KB · Views: 1

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,206
Reaction score
12,600
Points
2,376

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,616
Reaction score
304
Points
96
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga CG..🌹🌹 Mohon keampunan dan kemaafan dari semua atas kekhilafan, kesilapan & kesalahan yg lalu..sebelum bulan Ramadhan yg mulia ini mendtg..🤲🤲Semoga ibadat puasa kita kali ini lebih baik dari sebelumnya. In syaAllah aamiin..yra
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,817
Reaction score
648
Points
126
lambat betul pengumuman tarikh puasa sampai dah masuk isya masih tak keluar penjaga mohor besar.
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,849
Reaction score
254
Points
91
lambat betul pengumuman tarikh puasa sampai dah masuk isya masih tak keluar penjaga mohor besar.
bang, bukan kuasa diraja2 yg control pegerakan bulan tu..dah tau 29 syaaban..nahh esok 1 ramadhan la..diorg tu gimik2 jer
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,654
Reaction score
21,173
Points
1,671
lambat betul pengumuman tarikh puasa sampai dah masuk isya masih tak keluar penjaga mohor besar.
Tgk rtm. Kul 8.00 tu trus siar

Tv lain mmg lambat
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,188
Reaction score
2,245
Points
201
1618364013630.png


Kepada pihak yang berwajib boleh tak tolong terangkan kepada kami rakyat Malaysia , Kenapa kita dah mula berpuasa hari ini sedangkan anak bulan sabit baru kelihatan lepas maghrib tadi , Gambar ni telah dirakam oleh ahli-ahli Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) selepas maghrib, 01 Ramadan 1442H bersamaan 13 April 2021.

Sumber gambar dari FB : Astronomical Society Of Brunei Darussalam (PABD)
1618364050449.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register