Tarikh Aidiladha: Tak perlu ikut Saudi

CG Sponsors

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
SEPANG: Penetapan dan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang diterima pakai di Arab Saudi tidak semestinya diterima pakai negara lain, kerana terdapat perbezaan waktu, matlak (tempat terbit dan terbenam matahari) dan kriteria penetapan awal hijrah yang digunakan.

Berikutan itu, umat Islam di negara ini hendaklah menerima pakai pengisytiharan penyimpan Mohor Besar Raja-raja iaitu pada 17 November sebagai tarikh Aidiladha (10 Zulhijjah), manakala tarikh 18, 19 dan 20 November sebagai hari Tasyrik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyatakan Aidiladha di Malaysia berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi adalah tidak benar kerana penentuan 9 Zulhijjah 1413 H adalah pada hari Selasa 16 November, dan itu bertepatan dengan kriteria yang dipersetujui antara anggota Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia serta Singapura (MABIMS).

“Jangan keliru antara hari raya Aidiladha dan wukuf. Pada tarikh 15 November (Isnin) umat Islam di Makkah masih mengerjakan wukuf dan tidak menyambut Aidiladha pada tarikh berkenaan seperti didakwa.

“Penentuan Aidiladha yang tidak sama tarikh dengan kerajaan Arab Saudi atau berselisih satu hari adalah kerana kerajaan Malaysia menetapkan Aidiladha mengikut rukyah dan hisab sebagaimana penetapan tarikh awal puasa dan Aidilfitri,” katanya pada sidang media sebaik tiba dari menunaikan ibadat haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu usul tergempar membincangkan kekeliruan tarikh Aidiladha seperti ditimbulkan Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas, yang mendakwa tarikh Aidiladha tahun ini menimbulkan banyak keraguan kerana berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Katanya, berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 H di 30 tempat cerapan rasmi Jabatan Mufti Negeri-negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah bersamaan 6 November lalu, mendapati anak bulan tidak kelihatan di semua tempat cerapan itu.

Katanya, pengisytiharan Aidiladha berdasarkan kriteria penetapan awal bulan Hijrah di Malaysia dan negara anggota MABISM sejak 1 Jun 2010.
 
Sponsored Post

murabbiy

Banned
Joined
Sep 16, 2010
Messages
592
Reaction score
8
Points
15
tuan guru Haron Din ada menerangkan tentang perkara ni.

Kalo Bulan Ramadhan dan Syawal mmg kita boleh buat pilihan nak lihat anak bulan atau ikut hisab.

Tapi kalo bab Ibadah Haji, Nama pun dah HAJI. maka kita perlu ikut saudi. Sebab ibadah Haji dilakukan di Makkah, bukan di Malaysia atau indon atau brunei.

Jadi sebab apa Malaysia perlu tengok anak bulan utk menentukan Raya Haji padahal bukannya Wukuf tu dilakukan di Malaysia.
 
Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,914
Reaction score
86
Points
70

cmne pulak dgn ayat ni

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran)
anak-anak bulan. Katakanlah; (peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji…”.

Surah al-Baqarah;189
 
zamans98

Active+ Member
Joined
Dec 25, 2005
Messages
4,338
Reaction score
75
Points
30
Semesti nya ikut Saudi.

Err, Kenapa pulak kat Filipina sama ngan Saudi, walhal satu zon waktu?
 
jerai

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,901
Reaction score
47
Points
30
tuan guru Haron Din ada menerangkan tentang perkara ni.

Kalo Bulan Ramadhan dan Syawal mmg kita boleh buat pilihan nak lihat anak bulan atau ikut hisab.

Tapi kalo bab Ibadah Haji, Nama pun dah HAJI. maka kita perlu ikut saudi. Sebab ibadah Haji dilakukan di Makkah, bukan di Malaysia atau indon atau brunei.

Jadi sebab apa Malaysia perlu tengok anak bulan utk menentukan Raya Haji padahal bukannya Wukuf tu dilakukan di Malaysia.

aku setuju betul dengan pendapat kau, nampaknya pandangan lagi hebat dari seorang yang bergelar menteri
 
murabbiy

Banned
Joined
Sep 16, 2010
Messages
592
Reaction score
8
Points
15
cmne pulak dgn ayat ni

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran)
anak-anak bulan. Katakanlah; (peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji…”.

Surah al-Baqarah;189
Saudi yang perlu tengok bulan. takkan semua negara kena tengok, padahal HAJI di buat di Makkah. :">:p

Saudi dah tengok, kita ikut jer la.

Takkan Tuan Guru Haron Din tak paham dalil tu..

ulama' dah jelaskan, aku yakin dia betul..
 
jerai

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,901
Reaction score
47
Points
30
kalau ikut waktu kita awal 5 jam 30 mint dari mekah, kenapa pula depa raya awal dari kita konfius nih
 
najumi

Active Member
Joined
Dec 5, 2009
Messages
2,055
Reaction score
55
Points
30
aku pon pernah tanya dalam FB ustaz Zahiruddin baru2 nih..
tapi xde jawapan pon.. huhuhu..
 
logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,908
Reaction score
519
Points
121
kalau ikut waktu kita awal 5 jam 30 mint dari mekah, kenapa pula depa raya awal dari kita konfius nih
Malaysia perlu ikut Mekah (Mekah sebagai rujukan). Tu pasal raya kat Malaysia dihitung supaya tidak mendahului Mekah (lewat 19 jam dari masa Mekah). Cuba bayangkan prinsip makmum mengikut imam, bukan makmum mendahului imam. Aku rasa Malaysia guna pakai prinsip ni.

Perbezaan masa (Malaysia mendahului 5 jam) hanya disebabkan time zone +12/-12 terletak di hadapan Malaysia. Kalau time zone +12/-12 terletak di di belakang Malaysia (antara Malaysia dan Mekah) dah tentu Mekah yg akan mendahului 19 jam.
 
boblynn02

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2007
Messages
3,457
Reaction score
81
Points
30
..

Aku mmg kurang arif bab2 ni.. Tapi suka membaca pandangan2 korang yg disertakan dengan hujah..

..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register