BTC USD 26,723.7 Gold USD 1,962.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarik saya ke syurga - Oktovia Manrose

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Tarik saya ke syurga - Oktovia Manrose

Tarik saya ke syurga - Oktovia Manrose
Puji keperibadian Ustazah Asma’ yang kelakar, lembut hati - Foto IG Oktovia Manrose
KUALA LUMPUR: Pelakon Oktovia Manrose bersyukur diberi kesempatan bertemu pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun dalam majlis keagamaan.

Sebelum ini, Oktovia berhasrat menghadiri ceramah Ustazah Asma' secara bersemuka, kini doanya akhirnya termakbul.

"Alhamdulillah, saya bersyukur bertemu Ustazah Asma' pada majlis Maulid Akhbar anjuran @ustazahasmaharun. Jemputan di saat akhir, tetapi Allah permudahkan.

"Majlis yang sangat memberi kesan kepada semua yang hadir. Masya-Allah, Ustazah Asma' sangat baik, merendah diri dan moga jadi asbab untuk saya kekal istiqamah.

"Tariklah saya dan kami semua ke syurga Allah, ustazah," katanya menerusi entri dalam Instagram miliknya.

Menerusi hantaran sama, sepupu kepada pelakon Nelydia Senrose turut memuji keperibadian Ustazah Asma' yang tegas di luar, namun berhati lembut.

"Masya-Allah. Tidak boleh lupa dengan pertemuan ini. Pernah pasang niat, seronoknya jika berpeluang dengar ceramah dan jumpa ustazah depan-depan. Alhamdulillah, Allah kabulkan. Tabarakallah.

"Macam yang kita nampak, ustazah seorang serius, tegas. Tetapi, dalam ketegasannya sebenarnya kuat bergurau, terutamanya dengan suami. Sangat sweet, kelakar.

"Macam dalam gambar, suami-suami kita sekali kena buli dengan ustazah," ujarnya lagi. - XTRA
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,589
Points
251
Awards
1
Puji keperibadian Ustazah Asma’ yang kelakar, lembut hati - Foto IG Oktovia Manrose
Puji keperibadian Ustazah Asma’ yang kelakar, lembut hati - Foto IG Oktovia Manrose
 
Sponsored Post

Top
Log in Register