Tarik pakar tempatan pulang ke tanah air

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU 22 Nov. - Kegawatan ekonomi global ketika ini merupakan kesempatan terbaik bagi institusi pengajian tinggi (IPT) negara untuk menarik tenaga pakar tempatan yang bekerja di luar negara pulang ke tanah air.

Perkara itu boleh dilakukan berikutan masalah pemberhentian pekerja yang dijangka berlaku di peringkat global dan akan memudahkan anak-anak tempatan kembali berkhidmat kepada negara dan menyumbang kepakaran masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, IPT tempatan diberikan kebebasan untuk mengambil pakar-pakar yang diperlukan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan mereka.

Jelas beliau, langkah pengambilan tenaga pakar tempatan di luar negara juga selaras dengan saranan Majlis Ekonomi Negara baru-baru ini sebagai langkah menyediakan negara menghadapi krisis ekonomi global.

"Terpulang kepada universiti dalam mengenal pasti dan mengambil pakar-pakar tempatan yang dibuang kerja di luar negara untuk berkhidmat dengan universiti dalam memenuhi keperluan kepakaran masing- masing.

"Usaha menarik tenaga pakar ini tidak hanya terhad pada institusi pengajian tinggi tetapi juga boleh dilaksanakan oleh pihak industri yang memerlukan tenaga pakar dalam sektor masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat operasi baru Dynac Sdn. Bhd. di Jalan Gangsa, Pasir Gudang di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Khaled, pihaknya telah mengarahkan Kolej Komuniti untuk mengambil peranan dalam memberi latihan kepada pekerja-pekerja Malaysia di Singapura yang berkemungkinan diberhentikan ekoran krisis ekonomi global.

"Langkah ini bertujuan membantu mereka memperolehi kemahiran bagi memenuhi keperluan industri seperti di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang," katanya.

Jelas beliau, biarpun masalah krisis ekonomi global sibuk diperkatakan, pihaknya mendapati pasaran kerja bagi siswazah universiti tetap stabil.

Menurutnya, sehingga kini, masih tiada pemberhentian kerja besar-besaran yang berlaku di negara ini.

Malah, Khaled berkata, kajian mendapati 90 peratus siswazah tempatan akan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

"Pengangguran yang berlaku bukan disebabkan faktor ekonomi sebaliknya masalah penyesuaian di antara pihak institusi pengajian tinggi dan pihak industri," katanya.

Dulu dah buat dah offer nak tarik warganegara yang terlibat dalam bidang profesional nie balik untuk berkhidmat tapi tak dapat sambutan sebab offer tak menarik.

Sememangnya sapa pun kalau nak bertukar kerja semestinya lebih baik dari segi gaji dan sebagainya tetapi kerajaan nak main isu BERKHIDMAT UNTUK NEGARA mana jalan. Kalau anak bini tak cukup makan bukan kerajaan nak tolong pun. Abis abis masuk Bersamamu TV3
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
gaji profesional di mesia ni mcm sampah...bukan ikut international rate dunia...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, IPT tempatan diberikan kebebasan untuk mengambil pakar-pakar yang diperlukan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan mereka.
macam yg lain2 jugak.
lepas berkata2.. balik tidur.. sumer balek asal.
paper pun kena buang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register