BTC USD 84,327.6 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarif elektrik akan naik 14% mulai Julai 2025

Sponsored Post

Alamak PM,

Sebelum kamu menjadi PM, kamu membantah semua kenaikan harga dalam apa apa bidang.

Tetapi, kamu kini meluluskan sebarang kenaikan harga atas alasan, keperluan, tidak membebankan rakyat, dll.

Saya sangka jika kamu menjadi pembangkang sekali lagi, selepas pilihan raya umum ke 16 pada tahun 2027, kamu akan membantah kenaikan tarif.
 
Alamak PM,

Sebelum kamu menjadi PM, kamu membantah semua kenaikan harga dalam apa apa bidang.

Tetapi, kamu kini meluluskan sebarang kenaikan harga atas alasan, keperluan, tidak membebankan rakyat, dll.

Saya sangka jika kamu menjadi pembangkang sekali lagi, selepas pilihan raya umum ke 16 pada tahun 2027, kamu akan membantah kenaikan tarif.
Pm terbaik pernah kat ada jgn risau
 

'Kalau nak naik, cakap naik' - Wan Fayhsal​


04 Februari 2025 03:23pm

Wan Ahmad Fayhsal ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Wan Ahmad Fayhsal ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa tidak konsisten dalam menangani isu kenaikan tarif elektrik yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ia susulan tindakan kerajaan yang berubah-ubah dalam kenyataan berhubung kenaikan tarif yang dikatakan akan berlaku Julai ini.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan kepada Bursa Malaysia tentang pelarasan tarif di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Namun katanya, kerajaan kemudian menafikan kenaikan tersebut sebelum sekali lagi memberi bayangan bahawa pelarasan akan tetap berlaku tetapi tanpa melibatkan isi rumah.

"Kalau nak naik, cakap naik. Supaya persiapan awal dapat dibuat oleh semua pihak. Saya ingin menyatakan kebimbangan daripada pihak industri bahawasanya apa yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini walaupun dikatakan tidak akan memberi kesan kepada 85 peratus rakyat Malaysia golongan marhain, rakyat pekerja hanya kepada mahakaya.

"Saya ingin ingatkan kerajaan apa yang dulu Menteri Ekonomi kini pernah bantah sebarang kenaikan tarif elektrik pasti akan menaikkan harga barang," ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan kepada pemain industri bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan isi rumah berpendapatan rendah akan terus tidak terjejas oleh semakan tarif yang dijadualkan nanti.

Tambah Wan Ahmad Fayhsal, ini bukan kali pertama kerajaan membuat keputusan secara berdolak dalik.
Menurutnya, pada awalnya diumumkan ada kenaikan, apabila rakyat marah tiba-tiba kerajaan menukar pendirian dan menyatakan tiada peningkatan.

"Kemudian, pada Isnin, kerajaan mengatakan ada pelarasan semula dengan perincian lebih lanjut akan diberikan. Apa sebenarnya yang berlaku?

"Jadi ada banyak tanda tanya melibatkan cara kerajaan menguruskan pengumuman ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal mengenai ketelusan kerajaan dalam menangani perkara tersebut termasuk kemungkinan wujudnya percanggahan maklumat antara TNB dan kerajaan.

"Jika TNB sudah mengesahkan kenaikan kepada Bursa, tetapi kerajaan menafikannya, siapa yang bercakap benar?
"Adakah TNB memberikan maklumat palsu atau kerajaan sebenarnya cuba meredakan kemarahan rakyat sebelum mengumumkan sesuatu yang sudah diputuskan lebih awal?" soalnya.


 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register