BTC USD 96,924.8 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarif elektrik akan naik 14% mulai Julai 2025

Sponsored Post

aku nak membantah kenaikan yg tak jadi ..
aku dah jual ekon sebiji..aku dah tukar beberapa lampu biasa ke solar..aku dah beli stiker penjimat letrik.. tup tup tak jadi naik..
Tukaq awai sangat bang, tak baca/tengok. berita ke. Bulan July tahun depan..🤣🤣🤣
 
Ada satu cara nk matikn TNB ni selain guna solar.

Kenapa la susah2 buat panel solar untuk caj bateri kawasan ada elektrik.
Kenapa tak cipta saja bateri yg boleh di cas dg elektrik?
Lagi jimat caj bateri guna elektrik. Bil guna utk caj saja, bila bateri penuh gunakn bateri sepenuh utk kegunaan harian.

Besok guna elektrik utk caj bateri saja. Lama2 kasi mampuih TNB.
Boleh ke gitu?
 
Ada satu cara nk matikn TNB ni selain guna solar.

Kenapa la susah2 buat panel solar untuk caj bateri kawasan ada elektrik.
Kenapa tak cipta saja bateri yg boleh di cas dg elektrik?
Lagi jimat caj bateri guna elektrik. Bil guna utk caj saja, bila bateri penuh gunakn bateri sepenuh utk kegunaan harian.

Besok guna elektrik utk caj bateri saja. Lama2 kasi mampuih TNB.
Boleh ke gitu?

salah konsep bro

kene tau konsep energy ni ..

klu teory.. dynamo cas battery.. batery running tayar.. tayar pusing kan dynamo.. dan cas battery= infinite energy tak leh berlaku..

sebb energy ada power lost bila electric ke battery pastu supply ke barangan elektrik
 
Ada satu cara nk matikn TNB ni selain guna solar.

Kenapa la susah2 buat panel solar untuk caj bateri kawasan ada elektrik.
Kenapa tak cipta saja bateri yg boleh di cas dg elektrik?
Lagi jimat caj bateri guna elektrik. Bil guna utk caj saja, bila bateri penuh gunakn bateri sepenuh utk kegunaan harian.

Besok guna elektrik utk caj bateri saja. Lama2 kasi mampuih TNB.
Boleh ke gitu?
Konsep ko sama je macam kereta elektrik.. Still bayar harga mahal.. Kikiki.. Sila pakai solar still murah.. Kena terima kasih kat pmx sebab naikkan harga letrik nanti..
 
12c3a44244175207eace526d2f0b408e.jpg

mk-small-logo-50.png

Berita
Tarif elektrik: TNB tipu Bursa, soal Gerakan

Diterbitkan: Dec 30, 2024 12:25 PM

Dikemaskini: 12:27 PM


Presiden Gerakan Dominic Lau menggesa kerajaan menjelaskan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai kenaikan tarif elektrik tanpa kelulusan kerajaan.
Katanya, dokumen TNB kepada Bursa pada 26 Disember menyatakan kerajaan telah meluluskan pelarasan tarif asas kepada 45.62 sen per kWh untuk Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) 2025-27, dengan cadangan pelaksanaan mulai 1 Julai 2025.

Bagaimanapun, katanya, sehari selepas itu TNB menjelaskan bahawa kerajaan belum memutuskan sama ada tarif elektrik untuk separuh kedua 2025 akan dinaikkan.

72486ff8c8ce87c12cb0ef533a0a8155.jpg
Dominic Lau





ADS

“Jika maklumat yang dilaporkan oleh TNB kepada Bursa Malaysia adalah palsu, ini bermakna ia adalah maklumat yang mengelirukan, kerana setelah maklumat ini dikeluarkan, saham TNB meningkat.
“Ini merupakan tindakan yang mempunyai elemen penipuan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak boleh berdiam diri dan mesti menjalankan siasatan menyeluruh untuk memperjelas fakta,” kata Lau.
Dia justeru mempersoalkan sama ada terdapat pengawasan terhadap syarikat tersenarai.
“Jika benar kerajaan pusat tidak meluluskan cadangan TNB ini, adakah TNB begitu berani untuk menipu Bursa Malaysia?” katanya.

ADS

Pada 27 Disember, TNB memberi jaminan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik sehingga 30 Jun 2025, berikutan keputusan kerajaan yang diumumkan pada 20 Disember.
Sehari sebelum itu, TNB memaklumkan kepada Bursa bahawa telah meluluskan pelaksanaan Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari 2025 hingga Disember 2027.
Keputusan itu, menurut pemfailan itu, dimaklumkan melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB bertarikh 24 Disember, selaras dengan metodologi dan prosedur yang bawah Panduan Pelaksanaan Peraturan oleh ST.
‘Cerminan kerajaan tak cekap’
Sementara itu, Lau dalam kenyataan hari ini menyifatkan insiden itu mencerminkan “kerajaan penuh kekeliruan dan tidak cekap.”
Dia mengaitkan insiden ini dengan kes sebelum ini melibatkan syarikat insurans yang mengumumkan kenaikan premium tanpa kelulusan Bank Negara.
“Untuk mempertahankan kredibiliti dan imej kerajaan, tindakan mesti diambil. Kesalahan harus dihukum.
“Jika syarikat tersenarai boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan maklumat, pasaran akhirnya akan musnah dan rakyat akan hilang kepercayaan,” kata Lau.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof juga berkata tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini.
Dia yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata kementeriannya tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh TNB berkaitan pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik di semenanjung tempoh hari.
Dia menegaskan semula pendirian bahawa sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak akan dibenarkan sama sekali.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register