BTC USD 36,015.4 Gold USD 1,842.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarif air di Selangor naik 37 peratus?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PUTRAJAYA 12 Dis. – Tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 1.5 juta pengguna akan dinaikkan 37 peratus jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kenaikan tersebut ditetapkan berasaskan perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada tahun 2004.

Beliau bagaimanapun berkata, kenaikan tersebut boleh dielakkan jika kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset kepada PAAB.

Sekiranya persetujuan itu dicapai, katanya, perjanjian konsesi selama 30 tahun itu akan terbatal dan sebarang kenaikan tarif air kelak ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Pada satu perjumpaan September lalu, kerajaan Selangor menyatakan mereka perlukan masa selama dua minggu untuk mengemukakan cadangan penstrukturan industri air negeri tetapi hingga kini kami tidak menerima apa-apa cadangan konkrit daripada mereka.

“Berikutan itu, Kabinet setuju untuk menangguhkan kenaikan tarif air yang sepatutnya dibuat pada Januari depan kepada 31 Mac untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB,” kata Shaziman pada sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Sehingga kini terdapat kira-kira 1.5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala aset industri air Selangor dianggarkan RM5.5 bilion.

Separuh daripada aset itu dipegang kerajaan negeri manakala bakinya dikuasai oleh empat buah lagi syarikat konsesi termasuk Syabas.

Mengikut perjanjian konsesi berkenaan, tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Januari depan

Shaziman yang prihatin dengan kemungkinan itu menegaskan, jika penyerahan aset itu dipersetujui oleh kerajaan Selangor, kerajaan Pusat memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan kadar tarif air sepanjang tahun depan.

“Tetapi jika mereka gagal berbuat demikian, kerajaan terpaksa mematuhi perjanjian konsesi kerana kami tidak mahu terjadi kes seperti tahun 2006 apabila kita kena bayar RM129 juta kepada Syabas kerana lewat menaikkan tarif air.

“Setakat hari ini, saya dimaklumkan berdasarkan anggaran Jabatan Audit Negara, kenaikannya adalah sekitar 30 peratus dan SPAN akan berusaha untuk menurunkannya jika ada ruang yang membenarkan penyemakan semula kadar tarif itu,” katanya.

Beliau berkata, penyerahan aset industri air Selangor kepada PAAB, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ini kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui pemindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada kerajaan Selangor dan pemegang konsesi pada kadar yang rendah,” katanya.

Beliau menjelaskan, PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman kerajaan Persekutuan rendah dan tempoh bayaran balik pinjaman adalah fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman daripada bank- bank komersial.

Shaziman memberitahu, Melaka akan menjadi negeri pertama yang menyerahkan semua aset industri airnya kepada PAAB pada 17 Disember ini.

“Kesan daripada itu tiada kenaikan tarif air di Melaka sepanjang tahun depan. Johor pula dijangka berbuat perkara yang sama pada Januari ini,” katanya.

rakyat juga yang jadi mangsa nanti...oh negaraku Malaysia...~X(~X(
 
Sponsored Post

adioz88

Super Active Member
Messages
6,659
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
11
Points
65
Ceritanya, kena ambik air bukit lahh
macam orang kampung kat are2 bukit sana
air free ja
segar, bersih pulak tu
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,005
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,005
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
semua ni sebb perjanjian yg dulu buat tu.. tensen2
 

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,641
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
ermm terima kasih kerajaan pusat sb selalu membebankan rakyat....
 

fine net

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,405
Paid Membership
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,405
Reaction score
339
Points
136
air ok kot...yg x tahan nie electrik..mahal tu....
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
adeh, rakyat gak yg tersepit.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register