Tareq Aziz diserang strok

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BAGHDAD - Bekas Perdana Menteri Iraq, Tareq Aziz (gambar) yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menghidap strok dan dipindahkan dari sebuah penjara ke sebuah hospital Amerika Syarikat (AS), kata seorang peguamnya semalam.

"Dia menghidap strok pada Jumaat lepas dan sudah dipindahkan ke sebuah hospital di sebuah pangkalan AS di Balad, 70 kilometer ke utara Baghdad," kata peguam Tareq, Badie Aref.

"Keadaan dirinya kini serius dan keputusan akan dibuat sama ada dia akan dirawat di hospital atau perlu dikembalikan ke Kem Cropper," tambahnya.

Kem Cropper merupakan sebuah penjara yang dikendalikan oleh AS di Baghdad.

Tareq menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1991 semasa pemerintahan Saddam.

Dia pernah menjadi Menteri Luar.

Tareq menyerah diri kepada tentera AS pada April 2003 selepas Saddam digulingkan oleh tentera penceroboh yang diketuai oleh AS.

Peguam bela itu tidak menyatakan dengan terperinci berhubung penyakit strok yang dihidapi oleh Tareq.

Tareq dihukum penjara selama 15 tahun pada Mac 2009 kerana disabitkan dengan kesalahan membunuh penduduk Kurdis. - AFP
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Dia ni agama kristian kan?
 

vardenq

Banned
Joined
Jul 25, 2008
Messages
1,503
Reaction score
18
Points
25
dier kapir ke?
apsal name ade aziz lak?
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
dier kapir ke?
apsal name ade aziz lak?
aziz tu nama org arab.org arab x semuanya org islam..ada yg kristian....xda ape yg peliknya..

mcm idris bin jala la :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register