BTC USD 32,477.4 Gold USD 1,798.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tapir Jantan Ditemukan Mati Di Kota Tinggi

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,911
Reaction score
13,542
Points
2,376

FB_IMG_1623745035466.jpg

JOHOR BAHRU, 15 Jun -- Seekor tapir jantan ditemukan mati di tepi jalan Bukit Aping-Kangkar Papan, dekat Kota Tinggi dipercayai dilanggar kenderaan, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemukan bangkai tapir dewasa seberat 300 kilogram itu pada 10.20 malam semalam.

“Tapir ini dipercayai telah tersasar dari habitatnya di Hutan Simpan Seluyut mencari makan hingga melintasi jalan ke Felda Bukit Waha. Namun, tiada penemuan kenderaan yang melanggar tapir tersebut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Beliau berkata ini adalah insiden ketiga membabitkan kematian tapir akibat dilanggar kenderaan tahun ini dengan kes pertama berlaku pada 27 Mac di Jalan Jemaluang-Mersing diikuti kes kedua pada 6 April di Jalan Sedili-Tenggaroh, Kota Tinggi.

“Pihak kami juga pernah menjalankan operasi menyelamat seekor tapir betina pada 28 April 2021 di Felda Tenggaroh 5 dengan memindahkan mamalia itu ke Taman Negara Endau Rompin,” katanya.

Sementara itu, Perhilitan Johor berjaya menyelamatkan dua ekor helang jenis lang kepala kelabu dan lang siput hidup selain burung parrot jenis grey parrot di rumah seorang lelaki warga tempatan di Taman Sri Pulai, pada 7 Jun.

Salman berkata lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai tidak mempunyai sebarang surat kebenaran untuk menyimpan hidupan liar tersebut daripada Jabatan Perhilitan.

“Kedua-dua helang ini memerlukan permit khas dan jenis yang sukar diperolehi. Ia telah dibawa ke Mersing untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat di sana dan dilepaskan di pantai Mersing yang juga habitat bagi spesies burung ini,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 1 Jan hingga 15 Jun 2021, melalui 13 kes penguatkuasaan hidupan liar di negeri Johor melibatkan rampasan burung, sebanyak 981 ekor dalam 15 spesies di bawah Akta 716 telah direkodkan dengan spesis murai batu paling banyak iaitu sebanyak 908 ekor.

-- BERNAMA

 

CG Sponsors




Top
Log in Register