BTC USD 76,097.2 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tapak warisan UNESCO: Kenapa Melayu tidak cadang kampung Melayu

Sponsored Post

Kampung Bharu KL adalah nadi Kuala Lumpur yang sebenarnya. Kerana bukan saja wujud sejak tahun 1899, lebih seratus tahun lalu. Tapi merangkumi semuanya. Kalau Melaka terkenal dengan slogan "MELAWAT MELAKA, BERERTI MELAWAT MALAYSIA". Kampung Bharu KL pula aku sifatkan "KENALI KAMPUNG BHARU, BERERTI KENALI KUALA LUMPUR" Bandaraya yang berasal dari aktiviti bijih timah, kini jadi kota metropolitan.

Sejak KUALA LUMPUR dibuka di antara pertemuan 2 sungai Gombak, dan sungai Klang yang berlumpur pada tahun 1857 (Seratus tahun sebelum Malaysia Merdeka) maka ramailah yang datang untuk mencari rezeki, terutamanya aktiviti perlombongan bijih timah. Tapak Warisan Dunia UNESCO sangat sesuai untuk Kampung Bharu KL ini. Bukan saja kerana telah wujud lebih seratus tahun lalu. Tapi kerana warisan melayu lama, ekonomi orang melayu di tengah bandaraya, kebudayaan orang melayu, seni warisan pertukangan rumah melayu lama, pelbagai masakan Melayu, ukhwah masyarakat Melayu, kejiranan Melayu semuanya ada disini yang boleh diketengahkan kepada pelancong asing.

Lihat saja suasana pada bulan Ramadan, Jalan Raja Alang begitu meriah dengan jualan juadah berbuka piasa bukan saja jadi umpuan orang Melayu Muslim. Malah waktu yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai bangsa termasuk pelancong asing. Bulan Ramadan, masjid Jamek Kg. Bharu juga terkenal dengan bubur lambuknya, terkenal dengan muafakat masyarakatnya menyediakan bubur itu.

Kampung Bharu juga terkenal dengan syurga makanan. Di sinilah pelbagai makanan kita boleh jumpa. Makanan tradisi masakan Melayu, ulam-ulaman, masakan Minang, masakan Pantai Timur, masakan Utara, makanan Barat. Pergilah teroka bahagian kampung, kita dapati suasana kampung di tengah bandar, kedai-kedai makan yang suasana kampung pun ada, suasana hipster pun ada, suasana moden pun ada.

Pernahkah kita terfikir mengapa pelancong asing mahu datang ke negara kita?. Sebabnya mereka mahukan kelainan, mahu melihat dan menghayati seni dan budaya bangsa kita. Mahu melihat senibina rumah tradisi kita, mahu merasai makanan kita. Mereka bukan hairan pun dengan bangunan-bangunan pencakar langit kita, yang mereka miliki di negara sendiri lebih hebat dari kita pun ada.

Jadi, inilah yang kita ada. Permata di tengah bandaraya KL. Satu-satunya warisan Melayu yang masih ada di tengah kota. Bertuahnya mereka yang masih memiliki rumah melayu di kampung Bharu ini. Bukalah pintu rumah tradisi ini untuk pelancongan seperti kampung Morten di Melaka. Peliharalah untuk sekian lamanya. Kampung Bharu ada sejarahnya, ada budayanya, ada warisan seninya, sesuai dengan tema UNESCO itu sendiri.

"BERSAMA SELAMANYA KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR"
1707754999541.png

1707755009823.png

1707755018317.png

1707755026262.png

1707755046880.png

1707755056838.png
 
Aduh.. teringin nasi lemak Wanjo le pulakkk…
 
jangan gaduh ..

dia beri cadangan je .. bukan wajib, nanti pegawai UNESCO akan datang menilai cadangan tu, kalo PASS .. PASS la, kalo FAIL .. FAIL la

diorang bukan suka2 letak sesebuah tempat bersejarah sebagai tapak warisan .. saya tengok Kampung Baru Cina lebih banyak rumah tradisi kekal berbanding Kampung Baru Melayu, tanah dah kena songlap .. tanya sapa yang jual tanah Kampung Baru Melayu tu ..

setakat kedai jual kuih lapis, pisang goreng dan ketupat .. mau diorang nak luluskan letak sebagai tapak warisan?🤭
 
negeri PN byk lagi rumah2 lama.. jgnkan rumah.. pakai perigi pon masih ada
 
jangan gaduh ..

dia beri cadangan je .. bukan wajib, nanti pegawai UNESCO akan datang menilai cadangan tu, kalo PASS .. PASS la, kalo FAIL .. FAIL la

diorang bukan suka2 letak sesebuah tempat bersejarah sebagai tapak warisan .. saya tengok Kampung Baru Cina lebih banyak rumah tradisi kekal berbanding Kampung Baru Melayu, tanah dah kena songlap .. tanya sapa yang jual tanah Kampung Baru Melayu tu ..

setakat kedai jual kuih lapis, pisang goreng dan ketupat .. mau diorang nak luluskan letak sebagai tapak warisan?🤭

Rumah melayu tradisi kat Gertak Sanggul dan Permatang Danar Laut tu pulak cambe? Melayu kn pindah Balik Pulau untuk bg laluan projek PSR.
 
KOLUM | Kampung Melayu yang gagal

KOLUM | Apabila Kampung Baru Cina mahu digazet menjadi tapak warisan UNESCO, sesetengah Melayu akan berlagak tersakiti dan meneriak menjerit umpama buntut mereka disebat dan dipukuli.

Kegagalan Kampung Melayu untuk menjadi satu tinggalan budaya, warisan dan sejarah yang membanggakan memang diketahui umum. Lihat sahaja nasib Kampung Melayu setua Kampung Abdullah Hukum atau Kampung Dato Keramat. Lihat sahaja lipatan tragedi demi singkapan tragedi yang terjadi di situ. Perubahan tampuk pemerintahan di bawah 40 jenis Melayu pun tidak akan dapat menukar hakikat kegagalan ini.

Makanya mengapa penduduk Kampung Melayu mesti cemburu menangis dan berteriak rasis tersakiti, menjerit seolah buntut mereka disebat dan dipukuli apabila ada Kampung Baru Cina akan dicantikkan lantas diwarta sebagai tapak warisan dunia?Sebab Kampung Melayu gagal untuk mencapai taraf yang sama.

Kita boleh melihat nasib menimpa Kampung Kerinchi atau Kampung Baru. Di tangan siapakah ia terkulai layu?

Mengapakah pula tiada usaha untuk menaik taraf beberapa kampung di Kuala Pilah seperti di Lonek yang aktif pelbagai kegiatan budaya untuk dijadikan tapak warisan UNESCO? Kenapakah pemimpin Umno Ahmad Maslan dan segala Jawa di Pontian tidak melakukan yang sama untuk beberapa kampung tradisional Melayu yang ada di situ? Malas mungkin?

Tidakkah sesuatu boleh dilakukan seibarat Kampung Morten di Melaka, yang setelah dijadikan tapak warisan kini menjadi tumpuan pelancong seantero dunia, pengkaji budaya dari jauh dan paling penting tidak boleh dibangunkan sesuka hati. Bahkan ia harus dipulihara selalu agar dapat menjadi penghayatan generasi mendatang. Mengapa duhai Umno, kamu harus cemburukan Kampung Baru Cina?

Aktivis dan ahli politik yang terpaling Melayu sebenarnya harus duduk di sebelah Nga Kor Ming dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan untuk memikirkan bagaimana Kampung Tradisional Melayu boleh dinaik taraf dan diselamatkan lantas menjadi tumpuan dunia. Bahkan penempatan atau Kampung Ceti, Rumah Panjang terpilih di Sarawak, Kampung Dusun di Sabah, juga desa Orang Asli, kejiranan Portugis dan Siam di Melaka dan Kedah boleh diangkat sama. Maka dengan itu kita dapat menyalurkan peruntukan kebudayaan dan warisan untuk memelihara dan memulihara semua ini.

Refleksi sejarah

Malangnya, ahli politik dan aktivis kita lebih suka jadong (jahat bodoh sombong) untuk melihat semua isu dari kaca mata ras lantas menjadi rasis dari melihat sesuatu itu dari mata negarawan justeru menyelamatkan warisan bangsa. Tiada siapa pun antara tokoh yang dirujuk agensi berita sehari dua ini menggunakan perspektif budaya secara adil. Baik profesor baik ahli politik semua memilih untuk menyarung baju jadong.

Kampung Baru adalah sebahagian dari episod sejarah kita yang pedih. Tidak ramai yang tahu bukan sahaja etnik Cina dipaksakan tinggal di kampung-kampung ini, terdapat juga kaum Orang Asli yang menerima nasib sama. Kampung Baru Cina ditubuhkan hampir 80 tahun lalu untuk memisahkan sekalangan orang Cina dari berhubung dengan Malayan National Liberation Army (MNLA) atau dikenali juga sebagai Malayan Communist Party. Ini tidaklah bermakna mereka semua itu komunis.

Buku sejarah menunjukkan mereka adalah mangsa kepada pelan Briggs iaitu sebuah pendekatan militari yang dikemukakan oleh Harold Briggs di zaman penjajah sebaik dilantik sebagai British Military's Director of Operations in Malaya dalam tahun 1950an.

Kebanyakan Kampung Baru Cina memenuhi kriteria untuk diangkat sebagai tapak warisan UNESCO, paling-paling di bawah dua ciri utama iaitu tapak desa itu mestilah memiliki nilai sejagat di mana ia unik dan mampu menjadi testimoni kepada tradisi budaya dan peradaban dalam hayat kehidupan yang kian pupus dan terhakis oleh kemodenan.

Manakala yang kedua, ia dapat menjadi warisan ketara yang memperlihatkan tradisi kehidupan, bersertakan idea, kepercayaan, bersama-sama sentuhan seni dan kebudayaan yang menggambarkan satu nilai bersama.

Setelah 80 tahun Kampung Baru Cina adalah refleksi sejarah, warisan dan budaya kita rakyat Malaysia secara bersama. Ia adalah episod hitam dan cabaran kita mencapai sebuah Malaysia yang meraikan kemajmukan.

Jika Kampung Baru Cina sekadar memenuhi dua kriteria yang saya sebutkan di atas, percayalah Kampung Tradisional Melayu boleh memenuhi lebih banyak ciri yang disediakan. Malah silap hari bulan boleh merangkum sepuluh kriteria yang disenaraikan oleh UNESCO. Tetapi kenapakah tiada pemimpin atau budayawan Melayu terfikir untuk menjadikannya seperti Kampung Morten? Dan membiarkan kampung Melayu seperti di Kerinchi, Dato Keramat atau Abdullah Hukum tergadai dan terjarah oleh kapitalis dan saudagar mata satu?

Sebab kepimpinanan Melayu malas. Dan barangkali bersekali dengan malas, mereka juga jadong. Iaitu jahat bodoh sombong. Justeru untuk menutup kejahatan kebodohan dan kesombongan mereka hanya satu cara untuk mengalihkan perhatian negara. Iaitu, dengan cara apabila Kampung Baru Cina sebelah digazet menjadi tapak warisan UNESCO, maka jadong pun beramai-ramailah rasa tersakiti dan melalak menjerit umpama pantat mereka dicubit dan dirodok buluh berbulu.

Jadong-jadong bawah pun ikut sama menari gendang yang dipalu. Sebab mereka bangang. Ikut menambah lauk jadong profesor pun menjelma dari kubur. Jadong muda jantan betina pun beraksi di Tiktok. Semuanya ikut menari sementelah saudagar mata satu sedap terus menjarah hartanah dan Kampung Melayu.

Sekali lagi ditanyakan, tidakkah sesuatu boleh dilakukan seibarat Kampung Morten di Melaka, yang setelah dijadikan tapak warisan kini menjadi tumpuan turis segenap planet, pengkaji warisan dari ceruk rantau dan paling penting tidak boleh dibangunkan sesuka hati. Mengapa Kampung Melayu seperti Kerinchi atau Abdullah Hukum harus terjual?

Atau Kampung Melayu di mana pun di negara ini lebih baik dijadikan sarang penagih dadah supaya nanti dialpakan untuk digadai dan dibangunkan kondominium dan pusat membeli belah untuk menguntungkan dajal atau saudagar mata satu.

FAISAL TEHRANI ialah pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register