moore426559
Super Active Member
- Joined
- May 11, 2012
- Messages
- 9,095
- Reaction score
- 892
- Points
- 111
Kat Malaysia pun sekolah cina dapat peruntukan lebih bnyk dari sekolah kebangsaan.
LUCKNOW/AYODHYA: Puluhan penduduk ditahan di India selepas disyaki menyiarkan kenyataan berbaur hasutan media sosial dan meraikan dengan membakar mercun selepas Mahkamah Agung membuat keputusan Masjid Babri diserahkan kepada penganut agama Hindu.
Polis berkata, sekurang-kurangnya 37 orang ditahan dan 12 kes didaftarkan di Uttar Pradesh, India, di mana tapak masjid itu berada.
Tambahnya, sekurang-kurangnya seorang ditahan di Lucknow kerana memuat naik komen berunsur hasutan dan membuat ancaman di media sosial.
“Polis menyeru penduduk tidak menyalah gunakan media sosial,” kata Supritendan Kanan polis di Lucknow petang semalam.
Di kawasan lain, sekurang-kurangnya tujuh lelaki ditahan kerana membakar mercun dan mengedarkan gula-gula bagi meraikan keputusan mahkamah terbabit.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri enggan memberikan sebarang komen mengenai penahanan itu.
Mahkamah Agung India kelmarin memutuskan tapak masjid di Ayodhya yang dimusnahkan penganut agama Hindu sekali gus mencetuskan rusuhan kaum terburuk adalah milik orang Hindu.
Dalam tragedi pada 1992 itu, seramai 2,000 mangsa majoritinya orang Islam terbunuh selepas masjid yang dibina pada abad ke-16 itu dimusnahkan perusuh Hindu.-Reuters.
![]()
Puluhan penduduk ditahan siar kenyataan hasutan, rai kemenangan Masjid Babri | Berita Harian
LUCKNOW/AYODHYA: Puluhan penduduk ditahan di India selepas disyaki menyiarkan kenyataan berbaur hasutan media sosial dan meraikan dengan membakar mercun selepas Mahkamah Agung membuat keputusan Masjid Babri diserahkan kepada penganut agama Hindu.www.bharian.com.my