BTC USD 24,296.1 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanya Saham

adi90

Fun Poster
Messages
102
Joined
Jul 9, 2014
Messages
102
Reaction score
1
Points
10
Semalam saya join Seminar Pelaburan Saham Tn Haji Asri Mohamad dekat Shah Alam. Nampak menarik, tapi seminar FREE je la. Cuma dia cerita basic ja, so tak berapa nak paham sangat. Haji Asri ada bagitau, basic dia beli masa murah, jual masa mahal dekat situ la kita buat duit.

Tapi saya masih tak nampak banyak lagi kena study, akaun CDS pon xda lagi hehe. Sekarang boleh guna platform Bursa Market Place untuk tengok macam2 input news company profail, company profit, macam2 la siap ada demo akaun untuk kita belajar. Kalau saya nak mula belajar pasal saham, adakah perlu saya menghadiri kursus atau seminar berkaitan saham untuk dapat pemahaman lebih lanjut sebelum saya mula trade pakai duit betul yang bagi saya bukan modal kecik kalau Rm3k-RM5k?

Kalau before nie ada pengalaman trade forex better trade FCPO sebab high risk high return, dan fcpo nie banyak teknikal je macm forex. Tapi kalau nak relax2 santai2 trade la saham, low risk tapi banyak fundamental analisis la. Kelas Hj asri ada ajar FCPO ke ?
 
Sponsored Post

danial1

Fun Poster
Messages
255
Joined
May 21, 2008
Messages
255
Reaction score
27
Points
20
Nak tanya , baru berjinak2 dalam saham nie, soalan saya

- Ok ke main saham pada sekarang nie, yela kita tahu ekonomo Malaysia tak stabil dengan 1mdb, skandal dan banyak lagi. mana otai2 saham boleh komen skit, takot nnti dah join2 duit habis kat remiser je bayar kos ~X(
Bro,

1.Perkataan "main saham" tu pun sebenarnya amat mengelirukan dan menggambarkan yang saham ni sesuatu yang tak serius.

2. Masa ni kita tak begitu perlukan remisier, ya remisier tetap ada tapi peranan diorang dah berkurangan, dengan sikit pembelajaran kita boleh beli share dengan sendiri, tak perlu remisier-ni semua aku beli share online dengan sendiri. Daftar Akaun CDS dengan bank-bank investment macam CIMB Investment, Kenanga Investment, UOB Kay Hian dll.
Aku dulu register pergi ke CIMB Investment. Lepas tu dah dapat NO Akaun CDS dah boleh register dengan lain-lain investment bank. Aku sendiri dah bukak akaun pelaburan dengan 4 bank(atau syarikat broker saham) - Cimb, Kenanga, AffinHwang dan satu lagi RakutenTrade. Setiap investment bank ada kadar-kadar % comission untuk kita berdagang atau melabur.

3. Mindset untuk beli share atau saham mestilah betul, saham yang bagus untuk dibeli ialah saham dari company yang bagus, maksudnya syarikat tu sentiasa maju dan berkembang dan asas atau fundamentalnya bagus. Ni semua kena belajar, benda yang kau tak belajar atau kau tak tau ape-ape, macam saham Pak Man Telo yg ramai kena scam, inilah salah satu scam diri sendiri.

Dalam Stock Exchange kalau kau buta-buta beli share tanpa kaji dulu asas-asas syarikat 5 tahun kebelakang , nanti kau sendiri yang SCAM diri sendiri.

4. Belajarlah "VALUE INVESTING" kalau nak serius dalam Melabur Saham. Kau mesti pernah dengar pasal Warren Buffet, kalau kau tak kenal lagi, belajarlah - pergi search Google "Warren Buffet", selepas belajar tentang Warren Buffet, baca buku beliau.

5. Lepas baca asas-asas pelaburan baru kau decide sama ada:-
a. Nak jadi Value Investor - knowledge + kesabaran bertahun, inilah asas sebenar kejayaaan Melabur, saham daripada syarikat baik dan fundamental kukuh berkembang jadi saham yang asal kau beli ribuan RM shj, boleh meningkat bernilai puluhan ribu, ratusan ribu atau juta-juta ringgit dalam 5-10-15-20-30 tahun. (dan seterusnya tahun)

b. Nak jadi Trader - tak ramai berjaya, 98% yg beli saham cara ni ramai terciduk, lebih rugi daripada untung dalam masa 5 tahun.

6. Bagi Value Investing inilah masa terbaik beli saham, banyak saham-saham syarikat-syarikat baik yang jatuh harganya.- beli sekarang harga tengah jatuh, jual balik bila harga dah tinggi. Kesabaran tu perlu tinggi. Belajar kitaran jatuh naik share syarikat-syarikat bagus seperti di Malaysia dan lain-lain negara U.S( U.S ada dua stock exchange-NYSE dan Nasdaq, Malaysia satu jer Bursa Malysia ( dulu BSKL)

Bro, kau boleh belajar di sini untuk Value Investing, https://www.vi.app/ref/NN36Z21
 

Attachments

  • warren buffet pics.JPG
    warren buffet pics.JPG
    93.5 KB · Views: 1
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register