wanzex
CG Top Poster Club
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,554
- Reaction score
- 1,103
- Points
- 191
Bersalam dengan Peres: Tantawi digesa berundur
07/12/2008 5:15pm
KAHERAH 7 Dis. – Beberapa akhbar pembangkang dan Ahli Parlimen Mesir semalam mendesak ulama tertinggi negara ini supaya meletak jawatan kerana bersalaman dengan Presiden Israel pada satu persidangan antarabangsa.
Media Mesir menyiarkan gambar Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayed Tantawi berjabat tangan dengan Shimon Peres hampir setiap hari, sejak kedua-dua mereka bertemu sewaktu dialog antara agama di New York bulan lalu.
Siaran gambar turut disertai kritikan lidah pengarang dan ulasan oleh anggota Parlimen.
Akhbar Al-Osboa dalam laporannya semalam menyifatkan tangan Peres sebagai berlumuran darah ribuan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat dijajah Israel.
Akhbar itu turut meminta Syeikh Mohammed agar “menyucikan kembali tangan” selepas bersalaman dengan Peres. - AP
apa komen kita? L-)L-)L-)