BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanpa bukti kematian anaknya, Fauzi Ghaffar menaruh harapan beliau akan disatukan dengan Zahiruddin Putra yang hilang sejak 2019.

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,714
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,714
Reaction score
923
Points
121

Anak hilang sejak 2019, bapa harapkan keajaiban raya​

Faisal Asyraf
-11 Apr 2024, 11:00 AM

Tanpa bukti kematian anaknya, Fauzi Ghaffar menaruh harapan beliau akan disatukan dengan Zahiruddin Putra yang hilang sejak 2019.​


View attachment 2e80ee51-fauzi-ghaffar-and-son-emailpic-100424.webp
Fauzi Ghaffar percaya anaknya Zahiruddin Putra, yang hilang ketika berusia lapan tahun, masih hidup.


Ramadan mengingatkan Fauzi kepada anaknya, Zahiruddin Putra yang hilang pada 15 April 2019 – beberapa minggu sebelum bermulanya bulan puasa.

Zahiruddin yang lebih mesra dipanggil Zahir oleh keluarganya, ialah anak keenam daripada tujuh beradik dan dia berusia lapan tahun ketika hilang.

Zahir kali terakhir dilihat berada di perkarangan pangsapuri keluarganya di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Pada hari malang itu, Zahir bermain dengan beberapa kanak-kanak dekat surau pangsapuri itu.

Keluarganya hanya menyedari kehilangannya sekitar 7.30 malam apabila dia tidak pulang ke rumah.

Rakan-rakannya pulang lebih awal. Zahir memberitahu mereka, dia mahu terus bermain dekat surau dan akan pulang tidak lama lagi.

“Kali terakhir saya melihatnya sekitar 6 petang, ketika saya menjeritnya dari tingkap unit kami supaya berhenti bermain dalam hujan.

“Sekitar 7 malam, adik-beradiknya masih nampak dia (di kawasan itu), tetapi selepas solat Maghrib, dia tidak pulang ke rumah, jadi mereka pergi mencarinya, tetapi dia sudah tiada,” kata Fauzi, 50, yang bekerja sendiri kepada FMT.

b4250930-fb_img_1710750926637.jpg


Walaupun pencarian dilakukan pihak berkuasa dan orang ramai, tiada petunjuk Zahir berada di mana. Warganet pantas membuat perbandingan kehilangan Ashraf Hassan di Gopeng, Perak, beberapa minggu sebelum Zahir.

Bagi Fauzi dan keluarganya, keperitan tidak tahu apa yang berlaku terus menghantui mereka dan ketibaan Syawal tidak sama lagi sejak itu.

Fauzi bergelut untuk menerima kemungkinan tidak dapat berjumpa Zahir lagi dan menaruh harapan anaknya akan tiba-tiba muncul di pintu rumahnya.

Apabila memikirkan dirinya sudah sedia menerima kemungkinan Zahir, yang kini berusia 13 tahun, tidak akan pulang ke rumah, nalurinya akan membuatkan dia segera berubah fikiran.

“Naluri saya beritahu dia masih ada. Dan apabila saya sangat merinduinya, saya dengar suaranya berbisik: ‘Zahir okey, abah jangan risau’.”
 
Back
Top
Log in Register