akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,175
Top Poster #7
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,175
- Reaction score
- 6,702
- Points
- 881
- Awards
- 1
Tangkapan penjawat awam kerana rasuah masih tinggi
A view of the sea
AZAM ketika ditemui media selepas merasmikan pejabat baharu SPRM cawangan Keningau di Rumah Persekutuan, Keningau. FOTO ihsan SPRM
Keningau: Seramai 545 atau 43.4 peratus daripada 1,257 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini adalah penjawat awam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia membabitkan golongan pengurusan tertinggi iaitu sembilan tangkapan manakala pengurusan profesional 181 tangkapan dan pelaksana/sokongan iaitu 357 tangkapan.
"Baki 712 individu atau 56.6 peratus yang ditahan bagi tempoh yang sama membabitkan golongan swasta dan orang awam.
"Antara kesalahan kes bagi penjawat awam iaitu terima rasuah, beri rasuah, tuntutan palsu, salah guna kuasa dan kes penggubahan wang haram (AMLA)," katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Pejabat SPRM Sabah cawangan Keningau di Rumah Persekutuan, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y Subbiah.
Azam berkata, tangkapan membabitkan penjawat awam di seluruh negara masih tinggi berdasarkan hampir 50 peratus.
"Sewajarnya kalau kita mengatakan rasuah berkurangan dalam penjawat awam mesti di bawah 40 peratus dan makin menurun ikut tahun.
"Tetapi nampaknya isu rasuah dalam negara kita membabitkan penjawat awam masih lagi perlu ditangani dengan lebih teliti, jelas dan efektif," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pejabat baharu SPRM cawangan Keningau, Azam berkata, tujuannya untuk memperluas perkhidmatan sekali gus mempermudahkan masyarakat setempat berurusan.
"Saya mengharapkan masyarakat di daerah ini dan luar bandar, mereka pun sudah celik dengan isu-isu semasa dan menyeru mereka datang untuk berjumpa dengan pegawai SPRM.
"Tidak perlu lagi menghantar email, WhatsApp atau media sosial... berhadapan dengan pegawai saya lebih mudah untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih jelas.
"Saya memberi jaminan sekiranya ia berhubung maklumat rasuah, kita akan melindungi identiti mereka kecuali mereka mahu membuat aduan secara berterus terang," katanya.
Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 5:36pm