akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,150
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,150
- Reaction score
- 6,702
- Points
- 881
- Awards
- 1
Tangkap undi bukan Islam, pemimpin Pemuda PAS cadang ahli kahwin rentas kaum
Wakil Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim berkata parti itu boleh mendapat lebih banyak sokongan bukan Islam dan Melayu menerusi perkahwinan rentas kaum.
Faiz Zainudin12 Sep 2024, 02:07 PM
Free Malaysia Today
Aubidullah Fahim Ibrahim berkata perkahwinan rentas kaum secara tidak langsung dapat menambah undi PAS dari orang bukan Melayu dan Islam.
TEMERLOH:
Perwakilan Pemuda Selangor mencadangkan ahli sayap itu berkahwin merentas kaum yang didakwanya secara tidak langsung dapat menambah undi bukan Islam dan Melayu kepada parti itu.
“Kami di Selangor ada cadangan supaya pimpinan dan ahli Pemuda PAS perlu berkahwin rentas kaum ataupun rentas budaya.
Sebab apa? bila kahwin merentas kaum atau budaya ini…kita bukan sekadar boleh tangkap satu undi tapi menangkap 10 malah ratusan undi daripada bukan Melayu dan Islam,
kata Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim dalam perbahasan pada Muktamar Pemuda PAS hari ini.
Beliau secara berseloroh turut mencabar Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar ‘memulakan’ langkah itu.
Play
YB ketua Pemuda saya cabar dan Insya-Allah ketua Pemuda Selangor akan mendahului,
katanya yang mengundang suasana riuh dan menggamatkan dewan.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Mohd Nawi dalam perbahasan menasihatkan pimpinan dan ahli parti itu berhati-hati membalas hujah DAP bagi mengelakkan hati bukan Melayu dan Islam turut terguris.
“Kena ingat DAP bukan mewakili Cina dan India, lidah mereka jahat yang mengeluarkan kenyataan untuk melaga-lagakan keharmonian antara kaum.
Pastikan dalam membalas serangan DAP, jangan tempiasnya terkena rakan-rakan kaum cina dan India yang sesungguhnya masih ramai cintakan kedamaian dan keharmonian,
katanya.
Jangan marahkan nyamuk, kelambu di bakar, jangan menembak peluru tabur sehingga sasaran dakwah kita dari bukan Islam merasa kita turut menyasarkan mereka.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram