Tangkap Peragut Rantai Emas Isteri

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,654
Reaction score
3,218
Points
236
23.03.2020 - Klang, Seorang lelaki berjaya menangkap salah seorang suspek yang meragut rantai emas milik isterinya dalam kejadian pagi Sabtu lalu di Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 11.10 pagi itu, mangsa seorang guru berusia 29 tahun dan suami, 31 tahun sedang berjalan kaki dan melintas jalan di hadapan sebuah farmasi di lokasi terbabit.

“Semasa hendak masuk ke dalam kereta milik pengadu, mereka didatangi dua lelaki menaiki motorsikal berasingan dari arah belakang dan terus meragut rantai leher emas milik pengadu dan terus melarikan diri.

“Suami pengadu mengejar suspek terbabit dengan menaiki kereta dan terus melanggar bahagian belakang motorsikal suspek hingga jatuh ke bawah, kemudian berjaya menangkap suspek.

“Seorang lagi suspek yang menaiki motorsikal berasingan datang mengambil ‘padlock’ dan cuba memukul suami pengadu, tetapi berjaya dielak dan suspek melarikan diri selepas orang awam mula berkumpul,” katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul Amar berkata, suspek yang berjaya ditangkap itu dipukul dan tangannya diikat sebelum orang awam menyerahkannya kepada polis.

“Suspek yang berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis itu berumur 25 tahun, bekerja sebagai penjual telefon bimbit dan mempunyai dua rekod lampau mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun).

“Polis turut merampas rantai leher emas yang diragut dan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis turut merampas sebuah motorsikal jenis Yamaha 135 LC, warna hitam, nombor pendaftaran asal (didaftarkan atas nama suspek sendiri) dan nombor pendaftaran palsu yang digunakan adalah DDK 4845,” katanya.

Beliau berkata, polis hingga kini giat mengesan suspek yang melarikan diri dan siasatan masih diteruskan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557502/tangkap-peragut-rantai-emas-isteri
 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,057
Reaction score
212
Points
88
Org tgh sibuk psl covid19 ko g meragut plk..mmg mendapatlah
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
944
Reaction score
434
Points
41
Ni la antara sebab Saya kurang setuju kalau hanya seorg drp satu keluarga sja dibenarkan keluar utk keperluan.

Dlm waktu sekarang... keadaan di Mana mana sgt lenggang...kalau Kita tengok pasaraya pun lenggang sangat.

Bayangkan kalau yg keluar beli keperluan tu seorg perempuan sja .

Kalau seorg lelaki ketua keluarga tu munkin masih o.k..tapi Ada berlaku juga misalnya tiba2 pitam ke..jadi masih lebih baik berdua.

Kalau ikut pemerhatian saya..Saya harap pihak berkuasa galakan setiap keluarga yg pergi beli keperluan pergi berdua..drp pergi seorg.
Sebab .. pasaraya pun sangat lenggang...jadi Tak timbul masalah akan berlaku himpunan yg ramai.
Dan setiap pasangan juga perlu mematuhi semua peraturan spt face mask Dan jarak antara individu.

Bukan pergi suka suka ..tapi dapatkan keperluan dengan segera Dan terus balik.

Bila dah terlalu lenggang ni..risau sungguh ada penjahat yg ambil kesempatan.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,986
Reaction score
1,863
Points
206
ragut rantai emas nak gadai kat mana?
kedai semua tutup.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register