Tangan remaja perempuan tersepit pada gegancu motosikal

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan Bomba.


Teluk Intan: Remaja perempuan terpaksa menanggung kesakitan hampir 20 minit selepas tangan kirinya tersepit pada gegancu (sprocket) motosikal yang ditunggang bersama adiknya di Kampung Bahagia, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 17 tahun yang juga pembonceng mahu membetulkan seluarnya sebelum tangan kiri tiba-tiba tersepit pada gegancu atau gerigi pada roda yang berkait dengan rantai motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 8.38 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan ke lokasi dengan sebuah jentera.

"Anggota mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan tangan kiri remaja itu menggunakan peralatan khas.

"Dia kemudian diserahkan kepada pasukan kesihatan untuk rawatan. Operasi diketuai Noor Ahmad Mohd Sharif itu tamat pada 9 pagi," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,130
Reaction score
116
Points
43
Adik ipar penah kena, lap moto cmne tah kain masuk kt sprocket tarik skali jari dia. Kudung ibu jari..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register