BTC USD 37,821.3 Gold USD 2,044.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangan Kanan Terpaksa Di Potong Akibat Di Gilis, Pemandu Lori Sempat Berhenti Sekejap Sebelum Cabut Lari

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,113
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
54,113
Reaction score
6,151
Points
916
Awards
1
22.09.2023 - Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan selepas tangan kanannya digilis lori dalam kemalangan di Jalan Tongkang Pechah berdekatan sebuah klinik kesihatan di Batu Pahat, Johor pada Rabu. Malang buat Ismail Selamat, 69, apabila kemalangan yang berlaku sekitar pukul 9 pagi itu mengakibatkan tangannya gagal diselamatkan dan terpaksa dipotong selepas hancur digilis lori. Seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Zai Alif Khaf Ya, dipercayai anak kepada mangsa berkongsi kejadian tersebut menerusi hantaran di Facebook miliknya.

"Ayah saya yang sedang menunggang motosikal di bahu jalan tiba-tiba dihimpit sebuah lori (jenis tipper) dan jatuh di tepi jalan. Kemudian tayar belakang lori tersebut telah menggilis tangan kanan ayah saya. Lori itu berhenti sekejap di bahu jalan kemudian pergi meninggalkan tempat kejadian," katanya.

Kejadian itu turut dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian.Menerusi video berdurasi 45 saat itu, hanya kedengaran suara pakcik berkenaan mengerang kesakitan sambil menjerit meminta tolong. Memetik laporan media tempatan, anak mangsa, Mohd Zakie Ismail, 40, memberitahu, sebelum kejadian bapanya menunggang motosikal secara berseorangan dari rumah di Parit Bilal untuk ke sebuah pasar raya.

"Saya menerima panggilan ahli keluarga memaklumkan ayah terlibat kemalangan sebelum bergegas pulang dari Kulai ke Batu Pahat. Ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan ayah digilis lori hingga menyebabkan topi keledarnya pecah. Namun saya tergamam apabila doktor memberitahu tangan ayah tidak boleh diselamatkan berikutan saraf dan tulangnya hancur," katanya pada Khamis.

Mohd Zakie memaklumkan bahawa Ismail masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan memotong tangan bermula pukul 7 malam hingga 1 pagi, Khamis di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat. Tambahnya lagi, ayahnya masih dalam pemantauan pasukan perubatan kerana bimbang berlaku komplikasi lain selepas pembedahan memotong tangan selama enam jam.

"Semua jari kanannya hancur namun ayah bernasib baik apabila ada seorang anggota bomba segera memberi bantuan menghantarnya ke hospital. Saya bimbang kerana ayah menghidap penyakit buah pinggang dan pembedahan itu boleh menjejaskan kesihatannya," jelasnya.

Anak-anak mangsa turut meminta kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai lori tersebut untuk tampil membantu siasatan pihak polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.20 petang Rabu.


 
Sponsored Post

Kita pilot tiada beza… huhuhu

Buat gathering rapatkan ukhwah… kinggggggs
Cantik logo. Mostly melayu je yang join.

1695356611997.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register