Rizza
Active+ Member
- Joined
- Jul 11, 2008
- Messages
- 2,560
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
KUALA LUMPUR: Berhati-hati jika memasuki tandas awam berikutan muncul ‘tangan ghaib’ yang licik menarik seluar disangkut di pintu tandas untuk melarikan pelbagai barang berharga milik mangsa.
Dalam kes terbaru seorang kerani mendakwa menjadi mangsa ketika berada dalam tandas di pusat beli-belah Kompleks Pertama di sini.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Helmy, 24, berkata kejadian berlaku apabila dia masuk ke tandas di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan, kira-kira 4.30 petang.
“Tiba-tiba, saya mendapati seluar saya yang disangkut pada pintu tandas terjatuh ke lantai tanpa diketuai puncanya.
“Namun, ketika saya cuba mengambil semula seluar itu, ada seseorang tidak dikenali menarik seluar itu melalui bawah pintu tandas,” katanya.
Berikutan itu, mangsa yang kehilangan MyKad, lesen memandu, kad perniagaan dan wang tunai membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.