BTC USD 35,715.3 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangan cedera tersepit mesin pengisar

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,061
Reaction score
305
Points
51

GAMBAR hiasan.

Kuantan: Pekerja kilang keropok di Kampung Chendor di sini cedera di tangan kiri akibat tersepit di dalam mesin pengisar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian berlaku ketika wanita berusia 20 tahun itu sedang memproses keropok lekor kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, operasi membantu wanita terbabit membabitkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kemaman, Terengganu serta Gebeng, Kuantan.

"Bomba mengambil masa hampir 45 minit untuk memotong mesin pengisar itu sebelum wanita terbabit dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ismail berkata, usaha mengeluarkan tangan wanita itu yang tersepit hingga pergelangan, diteruskan di hospital, dan secara keseluruhan proses mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin itu mengambil masa selama sejam.


== harian metro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register