Tanda 100 hari sebelum hari mati

CG Sponsors




muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Wallahu a’lam…​

DAN JANGANLAH SESEKALI KITA MENAFIKAN HARI KEMATIAN,
KEMATIAN ADALAH SESUATU YANG PASTI DI MUKA BUMI YANG SEMENTARA INI,
BERTAUBATLAH SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA,
DAN JANGANLAH SEHINGGA KITA MENYESAL YANG TIADA KEMAAFAN DARI-NYA,
DOAKANLAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SUPAYA MATI DALAM IMAN,
AMEEN..
 
Sponsored Post

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
terima kasih keran kongsi ilmu ini
 

awok!

Active Member
Joined
Dec 7, 2008
Messages
1,498
Reaction score
57
Points
30
Ya allah!!
Ampunkanlah dosa ku selama ini..
Tempat kan lah aku ditempat org yg beriman dan beramal soleh....
Aku memohon kepadamu...
AMIN!!
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,996
Reaction score
207
Points
133
Dah banyak kali jumpa & ulangan. Boleh percaya hanya kalau ada hadis2 sahih/nas2/dalil2 nya..!
 
Last edited:

protozuaqs

Super Active Member
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,734
Reaction score
116
Points
73
dari tahun 2004 lagi aku dah jumpa email ni,dan korang percaya atau x percaya,getaran kat tubuh ni hari-hari terjadi kat atas aku.
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,497
Reaction score
43
Points
120
Bagus untuk info... tq bro .. semoga kita dilindungi Allah dan diberi Rahmat untuk meneruskan hidup
 
Sponsored Post
Top
Log in Register