Megat Sri Rama
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,266
- Joined
- Aug 28, 2007
- Messages
- 20,266
- Reaction score
- 507
- Points
- 161
tak salah aku la, fertigasi ni lebih kurang serupa dengan salah satu jenis hidroponik, dengan sedikit perbezaan.
jika dalam hidroponik jenis "drip system", nutrien dititis ke dalam medium secara malar dan berterusan, tetapi untuk kebanyakan sistem drip nutrien ditadah dan dikitar semula. nutrien yang ditadah, ditambah zat-zat dan pH & kekonduksian larutan diperbetul semula, kerana bila tumbuhan sudah menyerap zat ia merembeskan buangan yang mengganggu sifat larutan nutrien.
jika sistem fertigasi, larutan nutrien adalah pakai buang, ertinya "dripped to waste".
jika sistem hidroponik, biasanya medium adalah "inert" ataupun nadir, iaitu medium yang "bodoh", tidak mempengaruhi pH, khasiat, kekonduksian. contoh yang biasa dipakai adalah rockwool, vermiculite, batu sungai, sabut (sedikit keasidan).
tapi untuk fertigasi aku pernah tengok orang pakai tanah yang dimasukkan dalam polybag.
walau apa pun, objektifnya sama iaitu memastikan tumbuhan mendapat zat dan air mencukupi, dan akar mendapat oksigen maksimum untuk pertumbuhan yang cepat dan hebat.
untuk aku, hidroponik masih yang terbaik. precision farming. lebih mudah untuk mengawal kualiti hasil. nak masam? nak manis? nak rangup? nak "juicy"?