BTC USD 28,620.2 Gold USD 1,969.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanam ganja di belakang tadika

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

Sebahagian 14 pasu berisi pokok ganja yang dirampas polis di laman belakang sebuah tadika di Tangerang dipamerkan kepada wakil media, baru-baru ini.

TANGERANG – Sebuah sekolah tadika di Karawaci, di sini dijadikan pusat tanaman ganja apabila pihak berkuasa menemukan 14 pasu yang ditanam tumbuhan terlarang itu di laman belakang pusat asuhan tersebut.

Pegawai polis Metro Tangerang, Agus Pranoto ketika ditemukan republika.co.id, berkata, hasil serbuan ke atas sekolah tadika itu, seorang suspek bernama M. Ayatullah Albanna atau Alban turut ditahan kerana dipercayai menanam ganja berkenaan.

Jelas Pranoto, suspek juga mendedahkan bahawa dia memperoleh benih ganja itu daripada sindiket ganja yang dikenali sebagai Lingkar Ganja Nusantara (LGN) dan tumbuhan itu telah mencapai tinggi sehingga lima sentimeter.

“Hasil siasatan mendapati Alban telah menjaga tumbuhan tersebut selama dua bulan, bermula dengan tiga pokok sebelum menjadi 14 pokok.

“Kami masih meneruskan siasatan kerana suspek enggan bekerjasama untuk memberi maklumat lebih lanjut tentang aktiviti dia menanam tumbuhan terlarang itu dan pihak lain yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Alban mengaku dia menanam ganja tersebut untuk dijadikan ubat bagi bayi yang sakit.

Suspek berdepan hukuman sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...-belakang-tadika-1.19190#sthash.mvetBmo7.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register