BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanah Runtuh Di Genting, Tiada Kemalangan Jiwa Di Laporkan - Polis

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
17.01.2025 - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di jalan berhampiran Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highlands, awal pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.47 pagi tadi.

“Akibat daripada kejadian tersebut jalan ke Amber Court dan Ion Delemen terhalang dan tidak dapat dilalui kedua-dua arah. ihak polis mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, kerja-kerja mengalihkan runtuhan selesai dijalankan pihak berkuasa kira-kira jam 2.00 petang tadi dan laluan telah dibuka kepada semua kenderaan.

“Pihak berkuasa dan pihak keselamatan Genting Highlands akan terus memantau lokasi berkenaan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan kejadian yang tidak benar termasuk lokasi kejadian tanah runtuh yan tidak benar,” katanya lagi.

Terdahulu, video kejadian tanah runtuh itu tular di media sosial apabila dikongsi pengguna jalan raya yang terkandas akibat kejadian itu.
1737112751329.png

1737112767986.png

1737112793283.png
 
Sponsored Post

Pelakon Trisha Ooi Terperangkap Di Genting Highlands Akibat Tanah Runtuh, Ini Penjelasan RWG

Insiden tanah runtuh itu berlaku pada jam 2:30 pagi hari ini (17 Januari) di luar kawasan Resort World Genting (RWG) iaitu di Jalan Ion Delemen. Siapa sangka perjalanan yang sepatutnya berjalan lancar seperti yang dirancang bertukar sebaliknya buat pelakon wanita tempatan iaitu Trisha Ooi ketika sedang menuju ke Janda Baik, Pahang. Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story miliknya (@itstrishaooi), pelakon itu berkongsi situasi di mana dia terperangkap di Genting Highlands berikutan kejadian ta nah runtuh yang berlaku pada awal pagi hari ini (17 Januari).Nasib menyebelahi pelakon berusia 26 tahun itu kerana dia tidak keseorangan dan turut bersama dengan kru produksi drama serta pengurusnya bagi menyambung penggambaran bagi sebuah drama.

“Kami terperangkap di sini sejak awal pagi tadi. Semalam saya ada penggambaran di Genting Highlands dan hari ini sepatutnya sambung kerja di Janda Baik pula,” ujarnya.
1737118690798.png

Pokok Tumbang &Tanah Runtuh Di Genting Highlands

Memetik laporan Kosmo, perjalanan mereka dari Genting Highlands pada jam 6 pagi itu terhalang apabila wujud pokok tumbang sebelum dimaklumkan tentang kejadian tanah runtuh pula. Walau bagaimanapun, kesemua daripada mereka berada dalam keadaan selamat dan turut bersyukur kerana tidak berada di laluan terbabit ketika insiden itu berlaku.

“Pihak berkuasa maklumkan kami boleh sambung perjalanan pukul 9 pagi tadi tetapi ada tanah runtuh pula, laluan terhalang dan sehingga kini masih terperangkap. Lega dan nasib baik juga kejadian tersebut tidak berlaku ketika berada di laluan yang terjejas. Kini kami kembali ke tempat penginapan semula dan tunggu sehingga dimaklumkan laluan tersebut selamat untuk dilalui atau tidak. Tolong doakan kami,” ujarnya.

Susulan itu, mereka diminta kembali ke tempat penginapan dan menunggu makluman sehingga jalan tersebut sudah selamat digunakan.


Ini Respon Dari Pihak Genting

Jurucakap Genting memaklumkan kepada TRP bahawa insiden tanah runtuh yang berlaku pada jam 2:30 pagi hari ini (17 Januari) adalah di luar kawasan Resort World Genting (RWG) dan ia terjadi di Jalan Ion Delemen. Pasukan kecemasan mereka juga telah segera dihantar untuk membantu dan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menguruskan keadaan.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua individu yang terjejas menjadi keutamaan kami. Kami memberi jaminan bahawa pengunjung serta kakitangan di RWG berada dalam keadaan selamat. Malah, operasi kami di RWG juga tidak terjejas dan boleh diakses sepenuhnya melalui jalan utama Jalan Genting Highlands,” kata jurucakap Genting.

Sumber asal https://www.rwgenting.com/en/daily-notice/landslide-incident-at-jalan-ion-delemen.html
 
Jalan Ion Delimen, Genting Highlands Di Tutup

19.01.2025 - Jalan Ion Delimen, Genting Highlands, di sini, ditutup dari 7 malam hingga 7 pagi susulan kejadian tanah runtuh di kawasan itu, kelmarin. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, arahan penutupan itu susulan cuaca hujan berterusan di kawasan itu sejak tiga hari lepas.

"Di lokasi berkenaan selepas 5 petang keadaannya berkabus tebal yang membahayakan pergerakan kenderaan pada waktu itu. Lokasi berkenaan dikawal 14 jam oleh pihak berkuasa dan hanya dibenarkan untuk dilalui dalam tempoh berkenaan sekiranya ada kecemasan sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, laluan utama ke kawasan peranginan Genting Highland termasuk ke Genting Highlands Premium Outlet, kasino, dan Skyworld tidak terjejas. Menurutnya, laluan yang terjejas hanya membabitkan jalan keluar masuk ke ION Delemen Hotel, dan Amber Court. Katanya, kerja pembersihan masih dijalankan manakala kerja pembinaan benteng, pemasangan penutup tebing dan lain-lain kerja masih dalam tindakan pihak berwajib.
1737268905117.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register