balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keadaan tanah perkuburan Islam kampung Dingkir hitam selepas berlaku kebakaran kecil di situ.
< 1 / 1 >
JOHOL – Aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam di Kampung Dingkir bertukar cemas apabila 70 peratus daripada 1.2 hektar tanah perkuburan berkenaan disambar api akibat cuaca panas.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Dingir, Azam Abas, 50, berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang, Sabtu lalu ketika penduduk selesai membersihkan tanah perkuburan itu.
Katanya, secara tiba-tiba api merebak ke kawasan himpunan daun-daun kering menyebabkan hampir keseluruhan tanah perkuburan disambar api.
“Saya meminta penduduk tidak membuat pembakaran terbuka kerana faktor cuaca kemarau. Kami tidak pasti punca kebakaran itu berlaku, namun besar kemungkinan ia daripada putung rokok.
"Api merebak dengan pantas ditambah pula cuaca kering dan angin kuat, tetapi kami berjaya mengawal kebakaran tersebut," katanya ditemui, semalam.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu disalah erti sesetengah penduduk dan mendakwa mereka sengaja membakar tanah perkuburan itu sehingga ia tersebar ke laman sosial Facebook.
"Bila sudah tersebar, mulalah orang luar memberi komen tentang perkara ini sedangkan dakwaan mereka tidak benar sama sekali. Justeru itu, saya nasihatkan supaya mereka tidak mendengar cerita omongan kosong disebarkan sesetengah pihak itu.
“Jika mahu kebenaran, sila berjumpa dengan saya sendiri dan saya bersedia menceritakan perkara sebenar,” katanya memohon maaf waris-waris berkenaan.
Sementara itu, kata Azam, aktiviti gotong-royong sering dilakukan penduduk bagi mengeratkan silaturahim.
“Aktiviti amal mendapat sambutan baik dari penduduk kampung dan saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus membersihkan tanah seluas 1.2 hektar, ini,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tanah-perkuburan-islam-terbakar-1.259381