BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,895.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanah Kubur KL Bakal Penuh Dalam Tempoh 5 Tahun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
21.08.2024 - Tanah Perkuburan Islam (TPI) kariah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan bakal penuh dalam tempoh 5 tahun lagi, petik Harian Metro. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, 19 TPI kariah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai hampir 83%s ruang sudah digunakan.

“Sehingga Julai 2024, baki keseluruhan TPI kariah di Kuala Lumpur hanya 9,957 lot atau 16.26 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan yang sedia ada sebanyak 61,235 lot kubur. Baki lot tanah perkuburan yang tinggal itu hanya boleh bertahan untuk menampung pengebumian jenazah bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Terdapat tujuh Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah kendalian Jawi dan mempunyai kapasiti menempatkan sebanyak 145,257 jenazah,” kata Mohd Ajib. Menurut beliau lagi, lot kubur TPIRS hanya berbaki 10.74 peratus saja (15,606 lot).

“Dengan nisbah baki itu, TPIRS berkenaan dijangka akan mampu beroperasi untuk dua hingga empat tahun lagi. Untuk TPI di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur ditutup, manakala dua lagi TPI di Jalan Ampang hanya berbaki sekitar 400 lot dan dijangka hanya mampu bertahan kurang daripada dua tahun. Situasi di TPI Putrajaya yang diselia oleh Perbadanan Putrajaya pula memaparkan situasi yang tidak banyak berbeza dengan ruang lot kubur yang masih berbaki 4,500 lot dan dijangka mampu bertahan untuk tempoh enam hingga tujuh tahun lagi,” katanya pada Konvensyen Tranformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di Kompleks Islam Putrajaya, di sini, hari ini.

Difahamkan TPI kariah di Wilayah Persekutuan tidak lagi sesuai dinaiktaraf kerana sudah mencapai purata penggunaan sebanyak 82.11%.

“Sukar untuk mencari kawasan tanah perkuburan baharu di Kuala Lumpur kerana kepadatan bandar dan pertambahan penduduk serta harga hartanah yang melambung tinggi. Jawi juga perlu mengambil langkah kontroversi, sama ada tebus guna tanah untuk meletakkan satu lagi lapisan kubur di atas atau menggali jenazah dan mengumpulkan tulang menjadi satu perempat daripada tanah dan tanah yang tinggal akan menjadi tanah perkuburan yang baharu,” katanya.

Bagaimanapun, walaupun kedua-dua tindakan itu dibenarkan oleh fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, ia akan menjadi kontroversi di kalangan orang ramai kerana menyentuh sensitiviti agama masyarakat.​

1724206889741.png
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register